Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom Raja Ikram mengesahkan dirinya kini rapat dengan Fuad Rahman sekali gus sedia untuk kembali mengenali hati budi bekas kekasihnya itu.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, ketika dihubungi MH menjelaskan, Fuad meluahkan isi hati kepadanya hampir dua minggu lalu.
Malah Tom akui keluarga masing-masing sudah saling mengenali susulan perkenalan lama mereka sebelum ini.
“Sebenarnya kami rapat sekitar tahun 2005 sampai 2010 begitu, ‘on off’ kata orang. Kenal dia sebelum saya ada komitmen dengan siapa-siapa lagi. Saya berkahwin kali pertama pada tahun 2007.
“Bukan saya punca (orang ketiga) sebab kami baru lebih seminggu rapat semula. Kalau mahu tahu hubungan Fuad dengan isterinya, itu kena tanya tuan badan sendiri. Saya percaya itu lebih baik.
“Ahli keluarga Fuad memang sudah kenal dengan saya dan waktu Fuad bersaing di GV9 lagi, mereka ada minta saya untuk tengok-tengokkan dia. Sebab apa, kerana saya tahu Fuad bagaimana orangnya.
“Jujurnya saya tak sangka terjumpa di GV9. Begitu juga dengan Fuad, dia tak sangka saya sudah bergelar artis. Tiba-tiba saling bersaing pula di GV. Tapi mahu saya jelaskan, selepas GV9 kami rapat sejurus isu Fuad bersama isterinya selesai.
Ads
“Kemudian keluarganya minta tolong saya untuk tengokkan dia memandangkan di Malaysia dia tiada siapa-siapa kecuali saya dan pihak pengurusannya,” kata Tom.
Ditanya mengapa sebelum ini dia tidak pernah berkongsi cerita mengenai hubungan tersebut, Tom akui tiada siapa yang bertanya dan hanya rakan terdekat saja yang tahu.
“Tak pernah ada orang tanya. Yang tahu hanya kawan-kawan rapat sahaja, di Johor dan Singapura. Malah ketika GV pun kami tiada berhubung mana. Cuma sejurus program itu sahaja.
“Saya sayang dia dan tak mahu Fuad rosak atau terjerumus balik sebagaimana hidupnya yang lalu. Sekarang dia sudah pun pulih dan kena ada orang yang terus berikan dia semangat.
Ads
“Keluarganya ada beritahu untuk bertemu memandangkan kami memandangkan masing-masing lama tak jumpa,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Lagu Untuk Kuala Lumpur menjelaskan, hal itu masih terlalu awal untuk dibicarakan.
Tom bagaimanapun akui dua anak lelakinya, Putera Edler dan Putera Evans Ezra selesa apabila Fuad berada di sisi mereka.
“Keluarga ada cakap mengenai perkara itu, cumanya ia masih terlalu awal. Kami masih saling mengenali. Baru nak kenal balik dia dalam keadaan yang sekarang.
Ads
“Memang kami rapat dan saya rasa ada tanggungjawab untuk jaganya. Malah Fuad ada beritahu dia mahu tebus balik apa kesilapan yang pernah dia lakukan kepada saya sebelum ini.
“Saya pun tak suka dengan apa yang pernah dilaluinya dulu, ‘masuk keluar’. Saya tak mahu ia berlaku lagi. Dia seorang yang baik tak ada masalah lain kecuali ‘itu’ sahaja.
“Anak-anak sayang dia. Mereka panggilnya ‘Uncle Bapak’. Meski mereka bukan darah dagingnya, tapi Fuad menghargai sebagaimana dia menghargai saya.
“Itu yang paling penting. Kami masih dalam fasa mengenali. Doakan yang baik-baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Fuad mengemaskini status Facebooknya dengan meletakkan foto bersama-sama dengan Tom dan menukarkan profile dengan status ‘in relationship’ sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai wargamaya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Idzham Ismail berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan dia kini bersama seluruh ahli keluarga terpaksa ditahan di hospital buat sementara waktu.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada perincian dibuat berhubung perkara berkenaan.
Cuma menurut Idzham, hari ini merupakan hari bersejarah buat keluarganya kerana mereka ditempatkan di sebuah hospital yang sama termasuklah isterinya yang kini sedang hamil anak kedua mereka.
Penyanyi dan pelakon senior, Amy Mastura meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-20.
Berkongsi sekeping foto berdua bersama suami di Instagram, Alvin Tham Suffian bintang Puteri Impian ini kekal bahagia harmoni dalam perkawinan bersama anak-anak.
“Trima kaseh pd semua yg beri ucapan dan doa buat ulang tahun perkahwinan akak n Suami yg ke 20 tahun. Alhamdulillah!,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian tersebut, warga maya dan rakan artis terus memberi dedikasi, seterusnya mengharapkan semoga bahtera rumah tangga kekal bahagia sampai bila-bila.
“Happy anniversary kakak n abgku kekal ke jannah..miss u both!,” komen jurusolek, Datuk Alha Alfa.
Malah, tidak kurang yang memuji pernampilan fizikalnya yang disifatkan tidak dimamah usia, kekal muda sentiasa.
“Tp nmpk kak amy mcm umur 20,” tulis peminat
“Muka pun nampak umur 20 tahun kak amy. selamat ulang tahun perkahwinan kak amy n husband,” komen seorang lagi peminat.
“Alhamdulillah, panjang jodohnya, semoga terus bahagia hgga ke Jannah, ameen… Happy 20th anniversary Kak Amy, tp Kak Amy mmg awet muda lah, tak berubah lgsung… Manis comel jek,” antara komen tertera.
Sekadar imbasan, Amy yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14 ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata Adriana, 19, dan Adalia, 16.
Penyanyi, Tajul Arif mendedahkan dirinya amat merindui kampung halaman, lebih-lebih lagi untuk bertemu dengan ibunya setelah hampir dua tahun tidak bersua.
Jelas Tajul, sepanjang hayatnya itu, dia tidak pernah sekali pun terlepas untuk pulang ke kampung bila menjelang hari hari raya namun, segalanya dilihat telah berubah sejak penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.
Malah, ibu Tajul juga dikatakan telah memuat naik sebuah hantaran di laman Face bagi meluahkan rasa rindunya terhadap anak bongsunya itu.
“Salam Maghrib semua! Comel tak tajul masa sekolah rendah hahahaha time ni masuk competition nasyid.
“Ciann ibu Tajul @badariahawaludin rindu anak bongsu dia. Sampai throwback gmbr ni kat FB. Since dah lama tak balik kampung halaman tak boleh rentas negeri,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, sedalam-dalam rindu itu menerusi sebuah entri di laman Instagram.
Dalam pada itu, Tajul turut mengakui dirinya berasa amat sedih kerana bila mengenangkan mengenai anak keduanya yang sehingga masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibunya.
“Tak pernah-pernah raya tajul tak balik, ni dah dua tahun tak balik. Nanti dah boleh rentas negeri tajul balik ye.
“Bawak baby boy @adrianrifqy_ tak dapat jumpa lagi dari lahir, dapat vc je sekarang. hmmmmmmmmmm sedih,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat.
Sebagai informasi, Tajul telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurul Shamieza Eddie pada tanggal 10 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang baru sahaja lahir pada 6 Mei lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Tajul Arif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebelakangan ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu penyanyi yang didakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada pihak penganjur apabila dijemput membuat persembahan di sesebuah acara.