Pelakon Anita Baharom dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember depan selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal.
Difahamkan, majlis hari bahagia pasangan itu bakal berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi sama.
Pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Anak Allahyarhamah yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ketika dihubungi MH berkata, ibunya meninggal dunia dalam tidur.
“Ibu pergi dalam tidur di rumah anak sulung di Rengit, Batu Pahat. Sekitar jam 2.00 petang begitu, kakak ada beritahu ibu macam tak ada selera nak makan.
“Kemudian kakak menelefon saya untuk maklumkan mengenai keadaan terkininya. Lalu pada sebelah malam kakak sekali lagi hubungi, maklum ibu sudah tiada,” katanya.
SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada dua hari lalu.
“Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.
“Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu,” katanya lagi.
Meneruskan legasi JMD hingga masih kekal bertahan sehingga kini, Habib bersyukur kerana telah cuba menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Impian saya untuk bercakap dengan ibu sejurus graduasi dimakbulkan Allah SWT. Doa dan semangatnya akan sentiasa ada bersama. Allahyarhamah juga sudah jalankan tugasnya sebagai ibu dengan cukup sempurna bagi kami.
“Ibu banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dan tidak kecil jasanya kepada ramai orang menerusi produk yang diusahakan. Sudah tentu saya akan rindukan perwatakannya yang lemah-lembut itu.
“Personaliti baiknya memang sudah sinonim di kalangan kenalan yang rapat. Terima kasih sekali lagi atas doa dan ucapan yang dititipkan semua,” katanya lagi.
Jenazah Allahyarhamah yang sinonim dikenali sebagai Ibu Halimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9.00 pagi ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menutup tirai tahun 2022, Google telah mengeluarkan pelbagai senarai yang paling banyak dicari pengguna Internet untuk tahun ini.
Ini termasuklah bagi kategori selebriti Kpop yang paling dicari peminat dari seluruh dunia.
Tidak mengejutkan apabila enam orang ahli kumpulan BTS tersenarai dalam carta tersebut melihatkan kepada populariti mereka yang kini merupakan global superstars selain mempunyai jaringan peminat yang cukup ramai dari seluruh dunia.
V atau Kim Tae Hyung, 27, mengungguli carta di tempat pertama manakala ahli kumpulan termuda BTS, Jungkook, 25, di tangga kedua.
Jimin berada di tempat ketiga manakala anggota kumpulan Blackpink, Lisa, Jennie dan Jisoo, masing-masing tersenarai di kedudukan keempat, kelima dan ke-10.
Manakala tiga lagi ahli kumpulan BTS iaitu Suga di kedudukan keenam, Jin (8) dan RM (9).
Berjaya terselit di tengah-tengah senarai itu adalah penyanyi IU yang berada di kedudukan ketujuh carta.
Top 10 Artis Kpop Yang Paling Banyak Dicari 2022
1. V BTS
2. Jungkook BTS
3. Jimin BTS
4. Lisa Blackpink
5. Jennie Blackpink
6. Suga BTS
7. IU
8. Jin BTS
9. RM BTS
10. Jisoo Blackpink
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Aruel Ariel, 36, melakar kejayaan manis apabila muncul juara Getaran Jiwa yang berlangsung di Stadium MBKS, Kuching, Sarawak malam tadi.
Menyampaikan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti dan Gelora menerusi cabaran battle duo bersama Santiana Ramli, Aruel berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Tempat kedua menjadi milik Santiana yang menyampaikan lagu Tari Tualang Tiga sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 serta trofi.
Afif Tenor pula berpuas hati di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta RM1,000 menerusi Anugerah GJ Pilihan Jiwa.
Tempat keempat jatuh kepada Ameem,34, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional dan 30% oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’.
Persembahan peserta minggu akhir ini dinilai oleh Datuk Nash selaku ketua juri serta Norafizah Busman sebagai juri tetap dan Faizal Tahir selaku juri jemputan.
Sementara itu, pentas akhir Getaran Jiwa turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Mas Idayu yang bertindak sebagai Mami Jiwa Panas.
Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Pada acara final, penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Alena Murang, Winnie Albert, Carrie Geres, Safar Ghafar dan Hairee Francis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.