Pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Anak Allahyarhamah yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ketika dihubungi MH berkata, ibunya meninggal dunia dalam tidur.

Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Meninggal Dunia Dalam Tidur, Al-Fatihah Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Meninggal Dunia Dalam Tidur, Al-Fatihah

“Ibu pergi dalam tidur di rumah anak sulung di Rengit, Batu Pahat. Sekitar jam 2.00 petang begitu, kakak ada beritahu ibu macam tak ada selera nak makan.

“Kemudian kakak menelefon saya untuk maklumkan mengenai keadaan terkininya. Lalu pada sebelah malam kakak sekali lagi hubungi, maklum ibu sudah tiada,” katanya.

SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada dua hari lalu.

IKLAN

“Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.

“Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.

“Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu,” katanya lagi.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Muhammad Gadaffi (@abibthegreat)

Meneruskan legasi JMD hingga masih kekal bertahan sehingga kini, Habib bersyukur kerana telah cuba menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.

“Impian saya untuk bercakap dengan ibu sejurus graduasi dimakbulkan Allah SWT. Doa dan semangatnya akan sentiasa ada bersama. Allahyarhamah juga sudah jalankan tugasnya sebagai ibu dengan cukup sempurna bagi kami.

IKLAN

“Ibu banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dan tidak kecil jasanya kepada ramai orang menerusi produk yang diusahakan. Sudah tentu saya akan rindukan perwatakannya yang lemah-lembut itu.

“Personaliti baiknya memang sudah sinonim di kalangan kenalan yang rapat. Terima kasih sekali lagi atas doa dan ucapan yang dititipkan semua,” katanya lagi.

Jenazah Allahyarhamah yang sinonim dikenali sebagai Ibu Halimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9.00 pagi ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI