Jurusolek terkenal yang menata rias wajah Fatin Afeefa di majlis raja seharinya, Datuk Alha Alfa berkongsi suasana solekkan pelakon berkenaan pada Jumaat.
Menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, Alha senang dengan sikap pelakon filem Tentang Bulan itu yang tidak banyak karenah.
“Bestnya dia sempat tanya “you pakai foudation yang propolis dulu ke atau yang baru ni? Yang baru ni i tak sempat grab lagi sebab yang lama i ada lagi!
“So nak try yang baru ni plak! Korang nak tau foundation mana satu? Nantikan tutorialnya ok!
Ads
“Thanks @fatinafeefa for having me, semoga bahagia ke jannah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, portal hiburan memaklumkan, Fatin selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilhannya, Aliff Awang di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Kalau sudah namanya jodoh, kemanisan sepanjang tahun 2022 pastinya menjadi momen terindah buat selebriti kita yang memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing tahun ini.
Meski ada yang secara terbuka mendedahkan perjalanan cinta, namun tak kurang yang membuat kejutan sebelum berkongsi berita perkahwinan mereka.
Istimewa, MH rangkumkan 14 perkahwinan artis tempatan kita yang menjadi sorotan wargamaya sepanjang tahun ini.
Heliza & Mahadi
Tanggal 1 Januari 2022, penyanyi Heliza Helmi menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman,di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Bintang berusia 36 tahun itu sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz seterusnya menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin serta senaskhah al-Quran.
Zulin Aziz & Farhan Norzaini
Tarikh 20 Februari 2022 menjadi detik manis buat pasangan ini apabila majlis ijabkabul berjalan sempurna di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI) pada ketika itu.
Wany Hasrita & Mohd Al-Adib Fahmi
Sama cantik sama padan, Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun ini.
Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat.
Lia Aziz & Arash Azimi Anuar
Penyanyi yang popular menerusi lagu Kucu Kuca, Lia Aziz, 19, selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Arash Azimi Anuar, 24.
Dengan hanya satu lafaz, pemilik nama sebenar Nor Alia Farzana Abdul Aziz ini diinikahkan dengan Arash yang merupakan pemain gitar kumpulan Treehill.
Lia dan Arash telah mengenali hati budi masing-masing selama lebih dua tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman sama dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Januari tahun sama.
Vanidah Imran & Arif Abdillah Idris
Vanidah Imran kembali bergelar isteri kepada Arif Abdillah Idris pada 7 Julai lalu selepas hampir empat tahun hidup bergelar ibu tunggal.
Pernikahan mereka telah dilakukan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Faizudz Saderi di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sharifah Amani & Syed Zainal Rashid
Sharifah Amani selamat bergelar isteri kepada Syed Zainal Rashid pada 10 September lalu, di dalam sebuah majlis yang dilakukan secara tertutup.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah JAWI, Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee serta berwalikan bapa pengantin perempuan.
Mas Idayu & Suffian Isa
Mendapat perhatian peminat, penyanyi Mas Idayu, 50, akhirnya bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada pagi Jumaat 16 September 2022.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga terdekat dan pihak media.
Untuk rekod, Mas pernah berkahwin dengan aktor Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan tersebut, Mas dan Aman dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ayiqa yang kini berusia 25 tahun.
Najwa Latif & Akwa Ariffin
Penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada 11 November 2022.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu.
Sweet Qismina & Adam Lee
Pasangan hero dan heroin menerusi drama Bidadari Salju ini selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober dengan sekali lafaz.
Adam turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,410.97 sebagai simbolik kepada tarikh kelahiran Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24.
Majlis pernikahan pasangan selebriti itu diraikan di The Boathouse, Ampang Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan media.
Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun percintaan.
Shahir Zawawi & Jaskin Jaludin
Shahir Zawawi, 34, selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin, 30, dengan mask kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Majlis pernikahan pasangan ini telah dilangsung kan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang pada 3 September 2022.
Syifa Melvin & Safawi Rasid
Pemain bola sepak kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin pada 28 November 2022.
Pada majlis ijabkabul, Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa, sementara wang hantaran tidak didedahkan.
Dai Syed & Hana Ismail
Memilih tarikh 3 Disember 2022, penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Hana Ismail.
Majlis berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, dan dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.
Anita Baharom & Engku Isyamuddin
Anita Baharom telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Garden Hall, Bizmilla One City Subang Jaya dan pengantin perempuan menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin.
Sebelum ijab dan Kabul berlangsung, majlis khatam al-Quran oleh pengantin lelaki turut diadakan dan Anita turut berharap agar perkahwinan kedua ini dapat memberikan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Pelakon Fatin Afeefa bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, pada Jumaat.
Difahamkan, pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dan pasangannya bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Meski tiada pengesahan rasmi daripada pasangan raja sehari, namun berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang menata rias bintang filem Tentang Bulan pada hari bahagianya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Benda baik itu lebih baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga anda sendiri.”
Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana dipercayai susulan tindakan suaminya, Syamsul Yusuf yang mahu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Puteri Sarah, ini masa sesuai untuk Syamsul mengaku gosip sebagaimana didakwa jika benar.
“Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya,” tulisnya.
Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu di dalam satu hantaran di Instagram Story.
Pelakon Aku Seorang Perempuan ini turut mempersoalkan mengapa berita terbabit tiba-tiba boleh muncul sehingga perlu saman menyaman.
“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman. Untuk apa?,” katanya lagi.
Terdahulu Syamsul tampil membuat kenyataan mahu menyaman Jawi berjumlah RM10 juta susulan badan terbabit didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah.
Dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Lolipop.” Demikian jawapan yang diberikan figura atlet terjun negara, Datuk Leong Mun Yee di Instagram sejurus didedahkan identiti di balik maskot yang dipakainya menerusi program The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga (TMSMY3), minggu ini.
Terdahulu, tekaan rambang salah seorang jurinya, Sharnaaz Ahmad mengena apabila ikon sukan berkenaan selesai membuat persembahan menerusi lagi Sha Na Na daripada Amy Mastura.
Sekaligus, dia menjadi peserta pertama tersingkir pada saingan minggu kedua konsert.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik, rata-rata peminat memuji suara selain penampilannya yang ‘cute’ di dalam rancangan berkenaan.
Dalam pada itu, minggu bakal menyaksikan 13 lagi maskot berentap dalam TMSMY3, iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot dan Manggis
Turut berada dalam saingan termasuk Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersiaran setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD.
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.