“Saya Lolipop.” Demikian jawapan yang diberikan figura atlet terjun negara, Datuk Leong Mun Yee di Instagram sejurus didedahkan identiti di balik maskot yang dipakainya menerusi program The Masked Singer Malaysia Musim Ketiga (TMSMY3), minggu ini.

Terdahulu, tekaan rambang salah seorang jurinya, Sharnaaz Ahmad mengena apabila ikon sukan berkenaan selesai membuat persembahan menerusi lagi Sha Na Na daripada Amy Mastura.

Sekaligus, dia menjadi peserta pertama tersingkir pada saingan minggu kedua konsert.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik, rata-rata peminat memuji suara selain penampilannya yang ‘cute’ di dalam rancangan berkenaan.

“Sukalah suara Datuk.”

IKLAN

“Nampaknya bakat Datuk bukan setakat terjun, tapi menyanyi pun boleh.”

“Comellah, memang tak sangka tu Datuk.”

“Nice performance. Tak sangka dalam maskot tu legenda terjun Malaysia. Keep it up.”

IKLAN

“Good performance Datuk, suara sama macam Amy Mastura.”

Dalam pada itu, minggu bakal menyaksikan 13 lagi maskot berentap dalam TMSMY3, iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot dan Manggis

IKLAN

Turut berada dalam saingan termasuk Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersiaran setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI