Sosialit dan bintang rancangan realiti, Paris Hilton menafikan laporan wartawan Page Six yang mengatakan dia sedang mengandung anak sulung hasil hubungan bersama tunangnya, Carter Raum. Personaliti popular ini mengambil peluang untuk menjelaskan perkara sebenar menerusi platform podcast miliknya, This Is Paris Podcast.

Dalam perkongsiannya, dia yang pernah popular dengan rancangan Simple Life sempat bergurau sebelum memberi penjelasan,“Ya saya sedang mengandung kembar tiga.” Sambil ketawa dia kemudian berkata, “Tidak, saya tidak mengandung. Saya menunggu momen selepas berkahwin baru mahu memikirkan soal anak.”

“Saya Hamil Kembar Tiga,” – Seloroh Paris Hilton Bila Dikatakan Mengandung. Sedia Jalani IVF Demi Mendapatkan Anak

Jelasnya lagi, ketika berita ini tersebar sebaik sahaja bangun tidur, dia  menerima lebih 3000 mesej di telefon bimbitnya mengucapkan tahniah dan gembira.

“Ia sangat menjengkelkan apabila sesetengah pihak boleh membuat berita berdasarkan andaian mereka sahaja. Mereka patut melakukan pengesahan sebelum menyebarkan perkara itu kepada khalayak ramai,” ujarnya berkongsi perasaan apabila dihujani dengan berita yang tidak sahih.

“Saya Hamil Kembar Tiga,” – Seloroh Paris Hilton Bila Dikatakan Mengandung. Sedia Jalani IVF Demi Mendapatkan Anak
Ketika dilamar tunangnya.

Paris sebelum ini pernah berkongsi kisah tentang keinginannya untuk mengandung dan bersedia untuk menjalani proses IVF bagi mendapatkan bayi. Khabarnya, cadangan ini diberikan kepadanya oleh sahabat lama dan juga bekas pembantu peribadinya, Kim Kardashian.

IKLAN
“Saya Hamil Kembar Tiga,” – Seloroh Paris Hilton Bila Dikatakan Mengandung. Sedia Jalani IVF Demi Mendapatkan Anak
Masih bersahabat baik dengan Kim Kardashian

Menginginkan sepasang anak lelaki dan perempuan, pewaris empayar Hotel Hilton yang berusia 40 tahun ini nampaknya sudah bersedia menjadi seorang ibu. Paris bertunang dengan Carter Raum pada 13 Februari tahun ini ketika sedang bercuti di salah sebuah pulau persendirian.

Terbaharu, dia akan muncul dengan racangan masakan Cooking With Paris yang akan disiarkan bermula 4 Ogos ini di Netflix.

Sumber: Yahoo News, Vulture, Yahoo Sport!

Sumber gambar: Instagram Paris Hilton

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI