Pelakon Anna Jobling teruja apabila berkesempatan bertemu anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, baru-baru ini.

Menurut Anna, dia sendiri tidak menyangka Puteri Ameerah mahu mengaturkan pertemuan ketika dia mempunyai urusan kerja di negara jiran itu.

Rezeki Dapat Jumpa Anakanda Sultan Brunei, Anna Jobling Kagumi Keperibadian Puteri Ameerah

“Ramai ingat saya ke istana tapi sebenarnya tidak. Ketika hari pertama saya datang ke Brunei, pengurus ada telefon dan maklum mengenai perkara itu.

“Keesokkan harinya, Puteri Ameerah berkenan ke lokasi tempat di mana saya menghadiri sebuah majlis dan karnival jualan. Puteri Ameerah terus peluk saya.

“Saya agak terkesima. Orang Brunei sendiri bagitahu yang mereka pun sukar untuk bertemu Puteri Ameerah. Ini rezeki saya. Kami teruja bila berjumpa antara satu sama lain,” katanya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

IKLAN

Pelakon drama Syurga Bukan Percuma itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media, Gempak Most Wanted Awards 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, pada Ahad.

Rezeki Dapat Jumpa Anakanda Sultan Brunei, Anna Jobling Kagumi Keperibadian Puteri Ameerah Rezeki Dapat Jumpa Anakanda Sultan Brunei, Anna Jobling Kagumi Keperibadian Puteri Ameerah

Pada masa sama, Anna turut menyifatkan Puteri Ameerah mempunyai pekej lengkap sebagai Puteri Raja.

“Kami luangkan masa bersama hampir dua jam. Kami bercakap soal kehidupan, kerja dan negara Brunei. Puteri Ameerah juga amat menyukai kucing sama seperti saya.

“Pada saya, Puteri Ameerah ada aura seorang puteri raja. Sangat tenang dan cara cakap pun lemah lembut.

IKLAN

“Puteri Ameerah juga sangat merendah diri. Bila ada yang nak bergambar, Puteri Ameerah sentiasa okay sahaja. Kecantikan yang natural,” katanya lagi.

Sebelum ini, ada warganet yang memberikan reaksi bahawa Puteri Ameerah dan Anna dikatakan mempunyai wajah seiras.

Rezeki Dapat Jumpa Anakanda Sultan Brunei, Anna Jobling Kagumi Keperibadian Puteri Ameerah

Kongsi Anna lagi, dia dan Puteri Ameerah saling manatap wajah masing-masing ketika petemuan tersebut berlaku.

IKLAN

“Rupanya Puteri Ameerah juga baca komen di media sosial yang mengatakan wajah kami hampir seiras. Kami habiskan hampir dua minit untuk melihat persamaan wajah masing-masing,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Anna telah dinobatkan selaku pemenang Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) dengan meraih undian sebanyak 1,549,863.

Rezeki Dapat Jumpa Anakanda Sultan Brunei, Anna Jobling Kagumi Keperibadian Puteri Ameerah

Tiga lagi trofi yang dimenangi Anna termasuklah Selebriti Digital Tergempak 2023 dan Anugerah Drama #RambutTetapBoom.

Malah, drama lakonan Anna yang berjudul Melur Untuk Firdaus 2 turut dinobatkan selaku pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI