Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Beyonce mencipta sejarah apabila dia menjadi penyanyi wanita berkulit hitam pertama yang berjaya mengungguli carta muzik Country sejak carta itu diwujudkan pada 1958.

Kejayaan yang dicapai oleh penyanyi berusia 42 tahun itu adalah menerusi lagu Texas Hold’ Em yang bakal dimuatkan dalam album kelapannya yang dijangka dipasarkan pada Mac kelak.

Lagu tersebut yang dilancarkan pada 11 Februari dan diberikan kepada radio seluruh negara dua hari kemudian, telah berjaya mengatasi lagu I Remember Everything hasil nyanyian duet, Zach Bryan dan Kacey Musgraves.

Sebelum itu lagu tersebut telah mengungguli carta selama 20 minggu.

Genre Country sering menjadi satu polemik jika dikaitkan dengan pemuzik berkulit hitam, namun begitu dengan kejayaan Beyonce, ini menjadi satu pencapaian yang bersejarah.

IKLAN

BACA JUGA: 10 Fakta Tentang Benny Blanco, Kekasih Baharu Selena Gomez

Berdasarkan Billboard, lagu Texas Hold ‘Em menerima lebih 19.2 juta strim rasmi dan 4.8 juta dalam semua format penonton siaran dan berjaya dijual sebanyak 39,000 di Amerika Syarikat setakat 15 Februari.

IKLAN

Jika diimbas kembali ini bukanlah kali pertama Beyonce menyanyikan lagu yang berunsur lagu Country.

Pada tahun 2016, lagu Daddy Lessons nyanyiannya telah ditolak oleh jawatankuasa muzik Country the Recording Academy sekaligus menjadikan lagu itu tidak layak dipertandingkan untuk Country Grammys.

IKLAN

Dia kemudiannya memainkan lagu itu di anugerah Country Music Association dengan Dixie Chicks dalam persembahan mengejut yang mencetuskan wacana baharu di sekitar politik dalam muzik Cuntry dengan klasifikasi yang tidak jelas.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI