Selena Gomez akhirnya menoktahkan teka teki ramai tentang hubungan cintanya dengan Benny Blanco apabila memuat naik gambar mesra mereka bersama di akaun Instagramnya.

Selena sebelum ini mencipta fenomena apabila kisah cintanya bersama Justin Bieber kekal disebut sehingga kini biarpun masing-masing sudah mebawa haluan berbeza.

Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-

IKLAN
  • Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
  • Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
  • Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
  • Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.

10 Fakta Tentang Benny Blanco, Kekasih Baharu Selena Gomez

IKLAN
  • Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
  • Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
  • Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
  • Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
  • Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
  • Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.

Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI