Pernah melalui fasa penceraian, pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi menitipkan pesanan buat pasangan yang ingin bercerai agar sentiasa bersikap rasional bila membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak.
Menurut Aznil, dia dan isteri bercerai secara baik dan masih boleh berbincang bila melibatkan soal anak-anak.
“Bila melihat proses yang dilalui dua pasangan yang pernah bercinta, menjadi suami isteri, tinggal sebumbung dan tidur sebantal tapi akhirnya berlaku percakaran di media sosial dan mahkamah.
“Daripada pengalaman saya yang lalu, saya tak melalui fasa bertekak di mahkamah. Zaman saya tiada media sosial. Kebanyakkannya kita memujuk diri untuk bersabar.
“Tak semestinya pihak lelaki sahaja perlu bersabar, bekas isteri pun sama juga. Kalau tak sabar, memang banyak hal yang boleh dilakukan. Namun, kesabaran ada hadnya,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, isu mengenai perebutan hak penjagaan ini hanya akan memberikan kesan buruk kepada mental anak-anak bila mereka meningkat dewasa.
“Zaman sekarang lebih bahaya. Perkara ini akan terus tersimpan di dalam khazanah bila ia dijadikan bahan berita. Sampai mati berita itu akan ada.
“Ketika ini, anak-anak mungkin masih kecil tapi percayalah bila mereka berusia 16 tahun, ia akan mengganggu hubungan kasih sayang antara ibu dan ayah.
“Pesan saya, kedua-duanya perlukan masa bertenang. Bila berlaku sesuatu perkara, jangan terus nak ambil tindakan seperti membalas dendam atau menemplak bekas pasangan.
“Inilah perkara yang setan suka. Tak habis dengan penceraian, mereka nak pecah belahkan hubungan keluarga pula,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas pengacara program Akademi Fantasia ini turut menasihati pasangan yang ingin bercerai untuk punyai perasaan mengalah demi kebaikkan anak-anak.
“Kalau isteri nak jaga anak, beri sahajalah. Kalau isteri beri hak menjaga anak, jagalah sebaiknya. Ikutlah siapa yang perlu beralah. Ada kalanya kita tak mahu mengalah disebabkan ego.
“Lebih teruk apabila hubungan kita dicampuri oleh orang lain. Itu antara punca dua pihak melenting. Sangat sukar untuk kita memotong ‘nasihat-nasihat’ daripada pihak luar.
“Lebih panjang cerita bila ia turut melibatkan nasihat peguam. Peguam hanya menjalankan tugas untuk memenangkan anak guam.
“Bukankan ini merupakan satu perang yang besar. Jadi, bawa bertenang,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aznil turut menegaskan kepada para bapa untuk tidak berhenti menjalankan tanggungjawab meskipun berdepan pelbagai dugaan.
“Tanggungjawab suami dan bapa wajib dibuat. Katalah isteri tak bagi jumpa anak, adakah anda harus melepaskan tanggungjawab? Tidak.
“Anda tetap kena jalankan tanggungjawab seperti hantar anak sekolah, sediakan pakaian dan makan minum. Walau tak dapat berjumpa, bawa bertenang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa keping foto yang dikongsi di laman Instagram sudah cukup menggambarkan kesukaran merakamkan momen indah bersama lima anaknya.
Lebih melucukan, di sebalik gambar pegun yang dimuat naik itu, sebuah video di balik tabir memperlihatkan bagaimana sukarnya membariskan lima beradik ini untuk beraksi di depan lensa kamera.
“I dont usually post pictures like these (senget, x center, berterabur) coz I’m quite a perfectionist or a little OCD tp itulah, xde satu pun gambar kenangan yg cantik utk di post.
“Nak ambik banyak2 kali sampai puas hati anak2 pulak meragam nanti. So what u see is what u get.
“On a different note, Melaka dah best skrg x mcm dulu. Dah bnyk berubah,” jelasnya.
Terhibur dengan perkongsian isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini, netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen.
Pasangan ini berkahwin pada 2009 dan dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Manakala anak perempuannya, Aalisa Belle Izette dilahirkan pada awal Mac tahun ini.
Foto : Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan merangkap personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menurut Tyra, dia kini sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi bukanlah bersama Aazief.
“Ya, saya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang.
“Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.
“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tyra sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun, Tyra mengakui dirinya ada berjumpa dengan Aazief namun menyifatkan pertemuan tersebut tidak lebih sebagai rakan niaga.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja.
“Kami sangat profesional. Kami masing-masing dah besar la,” kongsinya lagi.
Minggu lalu, kisah diantara Aazief bersama kekasihnya yang juga merupakan Instafamous, Sharifah Rose menjadi tumpuan ramai selepas mereka dikatakan telah memadam gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.
Lantaran itu, timbul pula spekulasi daripada warga net yang mendakwa Tyra menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memilih untuk menyelesaikan isu kekeluargaan sesama anggota keluarga, tanpa melihatkan mana-mana pihak luar.
Syamsul mengulas mengenai hal itu sebagai menjawab...