Pelakon, Beto Kushairy berharap agar keputusannya untuk beralih dan menjadi duta bagi jenama Baju Melayu, Elrah Exclusive tidak perlu diperbesar.

Menurut Beto, masyarakat sepatutnya meraikan kejayaan anak bangsa yang sama sama sukses menerusi bisnes Baju Melayu.

“Ini Satu Persaingan Sihat,” – Wajah ‘Melayu’ Beto Kusyairy Jadi Rebutan, Seru Semua Rai Bisnes Anak Bangsa

“Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting, saya berpisah dengan jenama yang lepas secara baik. Perjanjian dibuat secara profesional dan tidak mengguris hati sesiapa.

“Saya anggap ini satu persaingan yang sihat dan kejayaan anak bangsa kita. Marilah sama-sama kita doakan dan majukan bangsa kita sendiri.

“Kita lihat secara positif dan negatif kita tolak tepi. Saya tak mahu berurusan dengan perkara toksik. Sama-samalah kita menuju kejayaan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pelakon filem Imaginur itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta baharu Elrah Exclusive yang berlangsung di Four Seasons Place, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Ini Satu Persaingan Sihat,” – Wajah ‘Melayu’ Beto Kusyairy Jadi Rebutan, Seru Semua Rai Bisnes Anak Bangsa “Ini Satu Persaingan Sihat,” – Wajah ‘Melayu’ Beto Kusyairy Jadi Rebutan, Seru Semua Rai Bisnes Anak Bangsa

Sementara itu, Beto turut memaklumkan, selain faktor tawaran, dia juga sangat selesa untuk bekerjasama dengan pengasas jenama Elrah Exclusive, El Azman.

IKLAN

“Semestinya ada peningkatan (bayaran). Namun, yang paling penting sekali, saya suka konsep dan sistem yang jenama ini lakukan. Mereka sama-sama berkongsi rezeki dengan para ejen.

“El sangat jujur dan terbuka bila berurusan. Dia tidak memaksa sebaliknya dia tanya sendiri apa yang buatkan saya selesa.

“Saya hargai perkara itu kerana dia terima input daripada saya. Saya senang bekerja dengan dia,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Beto turut menzahirkan rasa syukur kerana wajah Melayunya masih menjadi pilihan untuk untuk diangkat sebagai duta produk Baju Melayu Teluk Belanga.
“Ini Satu Persaingan Sihat,” – Wajah ‘Melayu’ Beto Kusyairy Jadi Rebutan, Seru Semua Rai Bisnes Anak Bangsa

“Mungkin ini rezeki yang telah ditetapkan. Mungkin ramai yang melihat saya sesuai dengan Baju Teluk Belanga. Sejujurnya, sejak daripada sekolah lagi, saya suka Baju Teluk Belanga.

“Saya bukan nak kata saya tak suka Baju Melayu Cekak Musang tapi citarasa saya lebih kepada Baju Teluk Belanga. Bila ditawarkan untuk menjadi duta, memang kena dengan jiwa,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI