Pelakon, Datuk Fizz Fairuz berpandangan isu pihak sokolah mengadakan majlis graduasi di hotel tidak sepatutnya diperbesar sehingga ke pengetahuan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, tujuan pihak sekolah mengadakan majlis di tempat sedemikian adalah untuk memberikan keselesaan kepada pelajar itu sendiri.
“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai. Bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya.
“Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni. Untuk anak-anak, bagi
sahajalah,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan oleh suami kepada pelakon, Almy Nadia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, majlis seperti ini tidak akan diadakan sekiranya tidak mendapat persetujuan ketika mesyuarat Pesatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
“Mereka buat sebab PIBG dan ibu bapa sudah setuju. Kalau tak setuju, mereka tak buat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fizz juga berpandangan para ibu bapa tidak sepatutnya berkira untuk anak-anak sendiri.
“Setahun sekali buat. Bukan hari-hari kena keluar RM150 hingga RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh?
“Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat saya lah,” akhirinya.
Baru-baru ini, isu mengenai majlis graduasi yang diadakan secara besar-besaran di hotel hangat diperkatakan di media sosial.
Rata-rata netizen beranggapan, majlis tersebut sememangnya membebankan para ibu bapa kerana memerlukan pembayaran yang agak tinggi.
Malah, isu ini juga telah pun mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Katanya lagi, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dua entri yang dimuat naik pelakon dan pengacara, Wans Ahmad menerusi Instagram miliknya awal malam tadi mencuri perhatian netizen dek gelagat dari keratan video yang dikongsi.
Bintang muda itu merakamkan dirinya yang sedang menghantar ibunya ke surau dan sebuah posting lain memperlihatkan dirinya turut bertemu bekas guru al-qurannya yang dipanggil Mok Ngok sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki.
“Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, hantar mami ke surau duluan dong. Doalam mami ane sihat solmo di dunia & ke syurga bahagia nanti. Amin,” tulisnya.
Sambil menyatakan rasa kasih atas pengorbanan si ibu, ruangan kapsyen pengacara Aroma Tradisi ini turut dihujani dengan pelbagai komen peminat dan rakan terdekat.
Foto: Instagram Wanns Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kemenangan pertama kali penyanyi, Marsha Milan Londoh di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung semalam memberikan makna tersendiri buat bintang asal Sabah ini.
Menenangi kategori Persembahan Terbaik dan Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik), kemenangan menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus berkarya.
“Kunfaya kun, apabila Allah izinkan Alhamdulillah terjadi. Jujurnya saya berdepan dengan banyak ujian termasuk Dijangkiti Covid-19 sebelum ini,” katanya.
Marsha berkata, susunan lagu yang dilakukan oleh Genervie Kam berkenaan memang seperti apa yang dimahukannya serta mendapat keterbukaan dari komposernya juga.
“Allahuakbar, semua ini rezeki dan hikmah buat saya. Syukur sangat-sangat. Kejayaan ini hadir selepas saya mencuba beberapa kali,” katanya sebak.
Sementara itu, Stacy dan Akim juga masing-masing mengakui Marsha menjadikan Cinta begitu indah dan lagu karya mereka kelihatan lebih gah.
“Kami hanya datang tanpa harapan dan percaya Marsha mampu melakukan persembahan terbaik. Jujurnya bila tengok persembahan Marsha saya jadi yakin dan mula betulkan rambut kerana macam akan naik ke pentas,” seloroh Stacy.
Akim pula menambah, berkata, mereka puas hati dengan persembahan Marsha dan kemenangan yang dicapai menjadi satu bonus.
Malah lagu Cinta itu sendiri memang karya yang dibuat khas untuk penyanyi itu.
Teka-teki siapakah yang akan bergandingan bersama pengacara Elly Mazlein di program realiti, Big Stage 2023 akhirnya terjawab.
Big Stage 2023 membuat kejutan selepas mengumumkankan pelawak dan pengacara terkenal Indonesia Rina Nose bakal berpasangan bersama Elly selama 10 minggu.
Nama Rina diumumkan menerusi gimik persembahan sewaktu di awal konsert minggu pertama.
Rina yang pertama kali muncul di program televisyen Malaysia terus menggeletek hati penonton apabila naik ke pentas dengan meniru gaya penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang menerusi lagu Rindu.
Sementara itu, juri tetap Big Stage 2023 yang juga merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul turut membuat persembahan menerusi lagu Terus Hidup.
Aina mengenakan sepersalinan berwarna merah yang kelihatan seperti kelopak bunga.
Selain Aina, komposer, Ajai dan penyanyi, Lah Ahmad turut diperkenalkan selaku juri pada minggu pertama.
Dalam pada itu, posisi juri netizen pula disandang oleh pelakon terkenal, Nora Danish.
“I presiden netizen, maknanya i yang akan baca komen-komen pedas anda,” jelas Nora.
Terdahulu, Big Stage 2023 akan bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam mulai 7 Mei 2023.
Pertandingan Big Stage telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (FINAS) telah mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-97.Menerusi kenyataan yang...