Selepas kejayaan Aku Kau Dan Muzik, pasangan penyanyi suami isteri, Akim Ahmad dan Stacy kembali berkolaborasi menerusi single terbaharu yang berjudul Ritma Dan Rima.

Lagu sentuhan Hang Nadim dan Bunga Cantik menceritakan interaksi antara Akim dan Stacy dengan alam semesta yang juga berkongsi rentak sama.

“Kami Bawa Anak-Anak Hiking Untuk…,” – Bersatu Dengan Alam, ‘Ritma Dan Rima’ Eratkan Kasih Akim Ahmad & Stacy

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Syaikhah Stacy Anam, berkata, lagu Ritma Dan Ritma itu cukup istimewa kerana dihasilkan dari hati, selain melalui proses rakaman yang sangat teliti.

“Idea tercetus apabila saya mendapat inspirasi melodi korus lagu ini dan kemudian menggarap ilhan bersama Akim.

“Kami memang merancang untuk meneruskan momentum magis yang dicipta menerusi duet pertama kami dan akhirnya bertemu arah tuju bahawa muzik yang menyatukan berbezaan kami.

“Kelebihan lagu ini kerana alunan setiap bait melodi mengikut tempo dan ritma alam sekali gus menyuntik elemen segar yang mendorong kita agar lebih menghargai hidupan di sekeliling,” kata Stacy.

IKLAN

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad pula berkata, dia dan Stacy tidak menjangka penghasilan lagu berkenaan lebih mendalam, sekali gus memberikan nuansa baharu dalam jalur muzik mereka.

“Kami Bawa Anak-Anak Hiking Untuk…,” – Bersatu Dengan Alam, ‘Ritma Dan Rima’ Eratkan Kasih Akim Ahmad & Stacy “Kami Bawa Anak-Anak Hiking Untuk…,” – Bersatu Dengan Alam, ‘Ritma Dan Rima’ Eratkan Kasih Akim Ahmad & Stacy

Sementara itu, Akim turut memaklumkan mereka turut membawa anak-anak ke lokasi penggambaran muzik video di Sik, Kedah bagi melihat dengan lebih dekat cara ibu bapa mereka bekerja.

“Stacy ternampak lokasi penggambaran muzik video ini di Tik Tok yang mana bertepatan dengan konsep dan lirik lagu ini. Perjalanan ke Sik, Kedah mengambil masa enam jam dan hendak mendaki kawasan itu pula sekitar sejam.

IKLAN

“Seawal jam 6 pagi lagi kami sudah berada di lokasi kerana ingin merakamkan momen matahari sedang terbit. Anak-anak pun turut serta dan melihat bagaimana kami bekerja.

“Malah, pengalaman hendak sampai ke puncak pun bukan mudah namun hasilnya sangat memuaskan hati,” kata Akim.

“Kami Bawa Anak-Anak Hiking Untuk…,” – Bersatu Dengan Alam, ‘Ritma Dan Rima’ Eratkan Kasih Akim Ahmad & Stacy “Kami Bawa Anak-Anak Hiking Untuk…,” – Bersatu Dengan Alam, ‘Ritma Dan Rima’ Eratkan Kasih Akim Ahmad & Stacy

IKLAN

Tambahnya lagi, kolaborasi ini secara tidak langsung membuatkan hubungan mereka bertambah rapat bukan sahaja sebagai suami isteri tetapi juga komposer.

“Sejujurnya, keserasian menggandakan keselesaan untuk bekerjasama dengan lebih kerap lagi untuk projek seterusnya apatah lagi kami dapat meluangkan masa bersama.

“Proses buat lagu juga bukan mudah, memerlukan masa untuk mendapatkan idea. Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke mencari inspirasi. Apabila dapat idea, kami akan bergabung,” katanya.

Single Ritma Dan Rima boleh didengar dan dilanggan di platform digital muzik, manakala lirik video rasmi lagu boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

Dalam pada itu, muzik video lagu itu juga sudah mencatatkan 67,000 tontonan sejak dilancarkan 18 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI