Sebentar tadi telah berlangsungnya pertandingan Miss Universe 2022 yang menyaksikan wakil Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel, 28, diangkat sebagai juara mengalahkan 83 peserta yang lain. Gadis berketurunan Amerika Syarikat dan Filipina itu menjadi Miss USA kesembilan memegang mahkota Miss Universe.
Tempat kedua jatuh kepada wakil Venezuela, Amanda Dudamel manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh wakil Republik Dominican, Andreina Martinez Founier. Melangkapkan kelompok top 5 pula adalah wakil dari Curacao, Gabriela Dos Santos dan Puerto Rico, Ashley Carino.
Sebelum ini R’Bonney Gabriel yang merupakan Miss Texas USA menjadi mangsa buli dan juga kontroversi ketika kemenangannya sebagai Miss USA. Ia terjadi apabila ada peserta lain menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya menang dan diberikan layanan istimewa. Namun dia tampil membuktikan perkara itu tidak benar dengan memenangi edisi antarabangsa secara adil.
Ketika berada di peringkat top 3, R’Bonney ditanya mengenai bagaiamana dia akan bekerja jika memenangi gelaran Miss Universe untuk menonjolkan bahawa organisasi tersebut adalah sebuah organisasi yang memperkasakan dan juga progresif.
“Baiklah, saya akan menggunakannya untuk menjadi pemimpin transformasi. Sebagai seorang pereka yang beresemangat saya telahg menjahit selama 13 tahun, saya menggunakan fesyen sebagai kekuatan untuk kebaikan. Dalam industri saya, saya mengurangkan pencemaran dengan menggunakan bahan kitar semula apabila saya membuat pakaian saya.
Ads
“Saya mengajar kelas jahitan kepada wanita yang terselamat daripada pemerdagangan manusia dan keganasan rumah tangga. Dan saya berkata demikian kerana sangat penting untuk melabur dalam orang lain, melabur dalam komuniti dan menggunakan bakat unik anda untuk membuat perubahan.
“Kita semua mempunyai sesuatu yang istimewa, dan apabila kita menanam benih itu kedalam orang lain dalam hidup kita, kita mengubahnya, dan kita menggunakannya sebagai satu angin untuk perubahan,” jawabnya yakin.
Pertandingan Miss Universe edisi ke 71 ini mencipta kejutan apabila ramai wajah-wajah kegemaran ramai tidak berjaya menembusi jajaran top 16. Antaranya wakil dari Filipina, Thailand, Mexico dan Indonesia. Dari bahagian Asia Tenggara hanya Wakil Laos, Payengxa Lor sahaja yang berjaya bergelar peserta top 16.
Ads
Wakil Malaysia, Lesley Cheam pula tidak berjaya menjadi pemecah kemarau untuk negara ini yang sudah 52 tahun tidak mara ke peringkat semifinal. Kali terakhir Malaysia berjaya adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan, Josephine Lena Wong. Namun begitu pujian wajar diberikan kepada Lesley kerana menonjolkan prestasi yang membanggakan saat pusingan awal pertandingan.
Mula berkampung di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat sejak 6 Januari lalu, para peserta dari seluruh dunia ‘berkampung’ dan melalui pelbagai peringkat saringan. Antaranya pertandingan pakaian gaun petang, bikini, kostum nasional dan juga temuduga tertutup.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Ranveer Singh mengejutkan peminatnya apabila tampil berani menjayakan sebuah sesi fotografi tanpa seurat benang bersama majalah popular terbitan Amerika Syarikat.
Ranveer turut berkongsikan beberapa siri gambar menerusi sesi tersebut di laman Instagram miliknya.
Dalam salah satu foto itu, kelihatan pelakon filem Bajirao Mastani itu sedang meniarap di atas permaidani tanpa seurat benang dengan bahagian punggungnya jelas terdedah.
Isteri Ranveer yang juga merupakan pelakon terkenal, Deepika Padukone dikatakan tidak kisah dengan keputusan berani suaminya tampil berbogel untuk majalah itu.
Menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Deepika terlebih dahulu telah melihat gambar itu sebelum ia diterbitkan.
Malah, Deepika turut memuji hasil bidikan jurufoto yang telah mengambil gambar ‘ikonik’ suaminya itu.
Dalam temubual bersama majalah itu, Ranveer berkata dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menayangkan tubuh badan kepada umum.
“Saya tidak kisah berbogel di hadapan ramai orang, saya tidak kisah dengan tanggapan mereka pada saya.
“Ia cuma mereka sahaja yang jadi tidak selesa (melihat Ranveer bogel),” kata Ranveer.
Untuk rekod, Ranveer, 37, dan Deepika, 36, mendirikan rumah tangga pada November 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepanjang 37 tahun kehidupannya, penyanyi Asfan Shah berkata Ramadan tahun ini lebih memberikan kemanisan buatnya apabila dia berusaha untuk menunaikan kedua-dua ibadah wajib dan sunat yang dituntut dalam Islam.
Menurut Asfan atau nama sebenarnya, Norasfan Shah Rudin, tahun-tahun sebelumnya dia tidak selalu berkesempatan untuk melakukan ibadah solat sunat tarawih namun dia bersyukur apabila tahun ini dia dapat meluangkan masa untuk melakukan ibadah tersebut tahun ini.
“Rasa macam baru masuk Islam… sebab bulan puasa sebelum-sebelum ini saya sering sibuk dengan urusan perniagaan sahaja.
“Jadi memang tidak ada masa untuk tunaikan solat sunat tarawih, ke laut. Tambah pula solat fardu nak tunaikan di awal waktu pun susah.
“Tapi Ramadan kali ini Alhamdulillah, saya banyak luangkan masa menghadiri undangan ke majlis-majlis yang diadakan yang mana kebanyakan dibuat sebelum atau selepas solat tarawih,” katanya kepada Media Hiburan.
Asfan ditemui pada majlis iftar anjuran Rusa Music dan MVM Music yang berlangsung di Puchong, Selangor baru-baru ini.
Walaupun sudah perlahan-lahan mendekatkan diri kepada aktiviti kerohanian, namun penyanyi yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia ini berkata dia masih lagi menjadi dirinya sendiri serta tiada sebarang perubahan besar yang berlaku terhadap dirinya.
“Penampilan hip hop saya masih sama lagi… cuma tengah belajar untuk perbaiki diri sendiri.
“Malah saya masih lagi bergaul dan bergelak ketawa seperti biasa. Tidak adalah nak kata saya ini macam tak nak berkawan langsung, saya okay sahaja.
“Saya juga baru beberapa bulan belajar mengenali diri dan agama,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Asfan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Naqiu bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan dan melakukan penipuan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.
Tidak mahu terus...