Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teruja malah tidak menyangka apabila bakal sepentas dengan maestro muzik terkenal India, AR Rahman sebagai penyanyi jemputan pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Menurut Siti, pertemuan bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka yang seterusnya membuka peluang mencipta momen indah dalam kerjaya seni masing-masing.

“Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia.

“Saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan tersebut.

“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya.

IKLAN

“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, terus bersetuju,” katanya.

“Hari Pertama Saya Belajar Sebutan, Kemudian…,” – Siti Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert Maestro Muzik Dunia , AR Rahman“Hari Pertama Saya Belajar Sebutan, Kemudian…,” – Siti Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert Maestro Muzik Dunia , AR Rahman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

IKLAN

Pada konsert terbabit, Siti bakal menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Tamil hasilan AR Rahman.

“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul.

“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik.

IKLAN

“Lagu yang bakal disampaikan nanti adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul,” katanya yang berharap agar perjalanan persembahan nanti dipermudahkan.

Terdahulu, selepas enam tahun, AR Rahman, 56, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Siti, konsert yang dipersembahkan DMY Creation Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan artis India yang terkenal di persada antarabangsa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI