Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan dia tidak terbabit dengan sebarang babak panas dalam filem lakonannya, Pulau yang didakwa mempunyai adegan dan gaya pemakaian mencolok mata sehingga mencetuskan reaksi pelbagai ketika ini.

Ikmal Amry atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, dia mengetahui adegan sebagaimana yang diperkatakan, namun dia bukanlah antara pelakon yang terlibat.

“Kalau saya ada terbabit dengan adegan panas, awal-awal lagi saya sudah tolak sebab saya sudah berkahwin dan ketika penggambaran filem itu isteri saya pula sedang hamil.

“Takkanlah saya nak buat benda bukan-bukan sebegitu. Saya terima pun sebab saya berlakon dengan orang yang saya kenal seperti Amelia Henderson dan Aliff Satar.

“Tapi bila saya baca skrip pun, lakonan saya tidak terbabit langsung dengan adegan sebegitu. Saya hanya buka baju ketika di pulau, itu saja,” katanya.

IKLAN

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran & Sidang Media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Selasa.

Jelasnya lagi, adengannya yang tidak berbaju dirasakan bersesuaian dengan jalan cerita selain lokasi penggambaran yang dijalankan.

“Dari filem Rasuk lagi saya sudah buka baju. Tapi bukanlah saya terlalu terbuka, saya buka baju hanya bila perlu.

“Tidak setiap adegan saya buka baju contohnya seperti berjalan di hutan. Kalau adegan mandi di ‘swimming pool’ misalnya, saya bukalah baju.

IKLAN

Kita tengok keadaanlah bagaimana,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ikmal berkata penonton boleh memilih untuk tidak menonton sekiranya kurang selesa dengan adegan panas yang dipaparkan dalam filem berkenaan.

“Kalau filem ini keluar, dan bagi sesiapa yang tak selesa, tak perlulah tengok. Anda perlu bayar untuk menonton, jadi tak payahlah membeli tiket untuk menonton.

IKLAN

“Tiada sesiapa yang memaksa anda menonton, jadi kalau anda tidak besetuju dengan cerita itu, tak perlulah tengok.

“Malah, saya hanya melakukan kerja saya, kalau anda mahu sokong saya, tengoklah lakonan saya dan jangan hakimi adegan yang saya tidak terbabit. Kalau cerita itu bagus, war-warkan dan sekiranya tidak, diam saja,” katanya.

Terdahulu, filem berkenaan mendapat perhatian wargamaya selepas treler filem itu ditayangkan baru-baru ini dan didakwa mengandungi beberapa aksi panas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI