Nama pelakon senior, Edika Yusof turut terkena tempias gara-gara isu hangat melibatkan pergolakan rumah tangga yang dihadapi pasangan selebriti.

Mengakui tidak selesa dikaitkan, Edika sebelum ini cukup dipuji netizen lantaran kesetiaannya dalam menjaga isteri, Nor Hidayah Yusri, 44, yang lumpuh separuh badan.

Menurut aktor berusia 55 tahun itu, dia kini menjadi takut untuk keluar berdua dengan saudara perempuan kerana bimbang akan disalah tafsir.

Edika Yusof Jadi Takut Keluar Berdua Dengan Wanita Gara-Gara Isu Hangat Libatkan Perkahwinan Artis Edika Yusof Jadi Takut Keluar Berdua Dengan Wanita Gara-Gara Isu Hangat Libatkan Perkahwinan Artis

“Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut.  Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut.

IKLAN

“Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat ‘Edika dengan siapa tu’… (tak pasal-pasal) saya pula kena berjaga-jaga.

“Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain.  Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.

IKLAN

“Macam sekarang tengah isu viral ni, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki,” katanya kepada MH.

Edika ditemui pada majlis pratonton drama terbaharu lakonannya, Projek: High Council yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

IKLAN

Edika Yusof Jadi Takut Keluar Berdua Dengan Wanita Gara-Gara Isu Hangat Libatkan Perkahwinan Artis Edika Yusof Jadi Takut Keluar Berdua Dengan Wanita Gara-Gara Isu Hangat Libatkan Perkahwinan Artis

Pelakon filem Maria Mariana itu sebelum ini cukup dikagumi orang ramai kerana kesetiaannya terhadap isteri selain dijadikan suami serta bapa contoh dalam kalangan netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI