Penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob menganggap kecederaan yang tidak sengajakan merupakan lumrah yang harus setiap anak seni.

Cef selebriti itu juga mendedahkan dia pernah dihenyak ke dinding sehingga paku menembusi bahunya oleh pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor ketika menjalani penggambaran filem, Janji Diana.

Namun, Fazley tidak pernah menyimpan dendam atau menyalahkan mana-mana pelakon atas kecederaan yang dialaminya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“Cedera masa shooting? Saya berparut dah 18 tahun!! Itu biasa! Abang Rosyam Nor tolak dan henyak saya ke dinding sampai paku masuk bahu masa shoot Janji Diana,

“Sepanjang malam darah masih menitis sampai basah jaket motor saya dengan darah. Saya tetap salam cium tangan Abang Rosyam. Saya hanya cerita pada beliau 15 tahun selepas itu.

“Tapi parut tebal masih ada sampai hari ni. Masa shooting filem yang sama, saya jatuh motor sebab jalan ada pasir, motor pulak himpit kaki. Itu biasa!,” katanya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

IKLAN

Tambah Fazley, anak seni juga perlu kuat hati dan kental berdepan cabaran.

“Asam garam dunia perfileman, hati kena kuat, jiwa kena kental beb! Bertahun saya berlakon dengan Skop Production, tetap saya enjoy dan berterima kasih pada Datuk Yusof Haslam.

“Terima kasih semua! Relaks sudah, jangan gaduh-gaduh. Kita semua adik beradik dalam satu industri! Tak begitu?,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mengimbau kembali momen-momen sewaktu Fazley aktif sebagai pelakon.

IKLAN

“Muka playboy masa muda tapi setia sampai sekarang.

“Zaman ni memang buatkan para wanita menggila.

“Cerita favourite saya sampai hari ini. Best cerita ni harap ada sambungnya.

IKLAN

“Baby face masa tu. Suara pun tak pecah lagi masa tu.

“Insan hebat budi pekerti. Semoga sentiasa didalam lindungannya,” antara komen-komen netizen.

Sekadar informasi, Fazley pernah membintangi beberapa buah filem tempatan seperti Gerak Khas The Movie 2, Janji Diana dan Gila Bola.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Fazley

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI