Tindakan pelakon Fatin Afeefa yang mengelak apabila suaminya, Aliff Awang bergurau mahu menyentuhkan demi menjaga wuduk menjadi sorotan peminat pengikut laman sosial.

Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan Aliff beberapa hari lalu, Aliff cuba mengusik Fatin untuk menyentuhnya, namun si isteri sedapa upaya cuba mengelak.

Fatin berbuat demikian kerana masih berwuduk, sebagaimana yang dimaklumkannya.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakannya memuji tindakan Fatin yang tetap cuba menjawa wuduknya.

Ads

“Betul-betul. Kalau ada wuduk memang nak jaga, lagi lagi kalau dah make up memang malas nak make up balik. I feel u!”

“Ya Allah jaga wuduk. Alhamdulillah limited edition.”

Ads

“Hahaha aku selalu cakap kat husband, sentuhlah kalau nak tunggu saya lama selepas solat nanti. Auto dia tak sentuh.”

“Make up mahal woo! Dah make up nak tanggal dan pakai balik auto malas pula kalau nak rushing kerja.”

Ads

“Alhamdulillah dia jaga wuduk dia.”

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 30 Disember lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI