Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Doktor Nasihatkan Untuk Bedah,” – Isteri ‘Berjuang’ Lebih 13 Jam, Zalif Sidek...

“Doktor Nasihatkan Untuk Bedah,” – Isteri ‘Berjuang’ Lebih 13 Jam, Zalif Sidek Syukur Nikmat Sambut Bayi Sulung

Pelakon Zalif Sidek menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Anis Marzuki selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang pada jam 9.15 malam Selasa.

Bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan dan Zalif akan berkongsi nama dan foto bayinya dalam masa terdekat ini.

“Saya sangat bersyukur isteri selamat bersalin dan kedua-duanya dalam keadaan sihat dan baik.

“Mulanya memang isteri akan bersalin secara normal tapi lepas menunggu hampir 13 jam, bukaan rahim masih lagi kecil, jadi doktor nasihatkan untuk bedah.

“Alhamdulillah, tepat jam 9.15 malam lahirlah puteri sulung kami,” katanya kepada MH.

“Doktor Nasihatkan Untuk Bedah,” – Isteri ‘Berjuang’ Lebih 13 Jam, Zalif Sidek Syukur Nikmat Sambut Bayi Sulung

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)


Menurut Zalif lagi, isterinya akan menjalani proses berpantang di kediaman ibu mentuanya di Kuantan.

“Selepas ini, saya akan ulang-alik dari KL ke Kuantan dalam tempoh isteri berpantang, ibu mentua saya akan jaga dia.

“Saya pun memang dah kosongkan jadual sepanjang Januari untuk beri fokus pada isteri dan anak,” katanya yang mengidam untuk memiliki empat cahaya mata.

Sekadar info, Zalif mendirikan rumah tangga dengan Anis pada 26 Februari tahun lalu.

IKLAN

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zalif memperoleh kegembiraan berganda apabila dia berjaya memenangi anugerah Pelakon Iklan Popular di Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis anugerah yang bakal diadakan di Surabaya, Indonesia pada 27 Januari ini bagi memberikan penjagaan fokus terhadap isteri dan anak.

IKLAN

“Saya pernah terlibat sebagai pelakon iklan untuk produk dari Indonesia, Extra Joss. Mungkin dari situ, pihak penganjur melihat bakat dan pencapaian karier saya.

“Tapi saya tidak dapat datang ke majlis anugerah itu nanti kerana isteri baharu sahaja bersalin, mungkin wakil dari Extra Joss yang akan ambilkan untuk saya,” katanya lagi.

Terbaharu, Zalif bakal tampil dengan dua filem terbaharu iaitu Kak Yong dan Tantiana yang bakal menjengah pawagam pada tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI