Pelakon meningkat naik, Meerqeen akui senang melihat perjalanan kerjaya rakan-rakan seangkatannya di program realiti, Hero Remaja 2020 yang kini semakin mendapat tempat didalam industri seni tanah air.

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, impian tersebut sebenarnya memang sudah lama disematkan sejak pertama kali mereka menyertai program berkenaan.

“Tiada Istilah ‘Aku Lagi Hebat Dari Kau’…,” – Tak Rasa Tergugat, Meerqeen Tumpang Gembira Lihat Pencapaian Rakan Seangkatan

“Sejujurnya saya sangat gembira melihat progress mereka. Kami sama-sama menyertai program realiti, Hero Remaja 2020 dengan satu tujuan iaitu untuk menjadi pelakon yang berjaya.

“Bila tengok rakan-rakan seangkatan saya semakin berkembang di dalam industri seni tempatan, saya turut tumpang gembira. They’re my brothers,” katanya kepada MH.

Jelas pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini lagi, setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dia tidak kisah untuk bersaing secara sihat.

IKLAN

“Tiada Istilah ‘Aku Lagi Hebat Dari Kau’…,” – Tak Rasa Tergugat, Meerqeen Tumpang Gembira Lihat Pencapaian Rakan Seangkatan

“Sejujurnya perasaan menggugat atau tergugat itu memang langsung tiada. Saya punyai kekuatan tersendiri dan begitu juga mereka. Tiada istilah ‘aku lagi hebat daripada kau’. Bagi saya, itu tidak sihat.

“Kita kena pastikan suasana industri ini terus dipenuhi dengan semangat-semangat positif. Sokong antara satu sama lain. Kalau mereka ‘meletop’, saya akan sokong mereka sampai lagi ‘meletop’.

“Saya selalu berikan reaksi menerusi perkongsian-perkongsian mereka di Instagram stories,” kongsinya lagi.

IKLAN

Kongsi pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini lagi, dia juga tidak mahu terlalu memikirkan mengenai individu-indivu yang mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya.

“Kalau ada yang rasa tergugat atau iri hati dengan apa yang telah saya kecapi, harapnya mereka dijauhkan. Lebih baik kita dekatkan diri dengan orang-orang yang sentiasa berusaha untuk sama-sama memajukan diri ke tahap yang lebih baik.

“Tipulah kalau saya tidak berjumpa dengan orang sebegitu. Sebolehnya saya akan cuba elak. Pada saya, mereka bukan sebahagian daripada ‘circle’ saya,” akhirinya.

“Tiada Istilah ‘Aku Lagi Hebat Dari Kau’…,” – Tak Rasa Tergugat, Meerqeen Tumpang Gembira Lihat Pencapaian Rakan Seangkatan

IKLAN

Sekadar informasi, Meerqeen merupakan pelakon kelahiran Hero Remaja 2020 sezaman dengan Nadhir Nasar, Aniq Suhair dan Hariz Hamdan.

Terdahulu, Meerqeen bakal muncul menerusi drama terbaru terbitan platform penstriman, Viu yang berjudul Nenek Bongkok Tiga arahan Datuk Yusry Abdul Halim.

Selain Meerqeen, drama ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit foto: Instagram Meerqeen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI