Baru-baru ini, penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam telah pun menitiskan air matanya saat ditemu bual sebuah program televisyen berkaitan kontroversi ‘kahwin dua’ membabitkan anaknya, Syamsul Yusof.

Momen tersebut nyata mengundang rasa sayu di hati semua pihak yang menonton video tersebut.

Antara yang turut berkongsi rasa termasuklah pengacara dan pendakwah bebas, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Jelas Ustaz Tarmizi, bukan mudah untuk sosok seorang bapa mengalirkan air mata kerana mereka lebih gemar untuk memendam rasa seorang diri.

“Seorang Ayah Jarang Menitiskan Air Mata, Mungkin Dia Rasa Gagal,” – Yusof Haslam Menangis, Ustaz Tarmizi Tersentuh

“Apa yang membuatkan saya tersentuh berkaitan isu ini adalah apabila seorang ayah menitiskan air mata. Seorang ayah ini jarang menitiskan air mata di khalayak ramai.

“Selalunya mereka ini lebih gemar menyendiri atau duduk termenung sorang-sorang. Kemudian menangis,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, banyak faktor yang menyebabkan seseorang bapa itu tidak dapat menahan rasa sedih lebih-lebih lagi apabila mereka dihantui perasaan gagal.

IKLAN

“Seorang Ayah Jarang Menitiskan Air Mata, Mungkin Dia Rasa Gagal,” – Yusof Haslam Menangis, Ustaz Tarmizi Tersentuh

“Dia menitiskan air mata itu mungkin diatas sebab kecewa. Namun, saya rasa jauh di sudut hatinya, mungkin dia berasa gagal sebagai seorang bapa. Ini hanya sekadar pandangan.

“Mungkin perasaan itu yang bermain di fikirannya. Mungkin juga dia menyalahkan diri sendiri,” kongsinya lagi.

Ustaz Tarmizi yang juga merupakan qari terkenal itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Program-Program Pembuka Tirai 2023 TV Al-Hijrah yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

IKLAN

Dalam pada itu, Ustaz Tarmizi turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya kita mempunyai konflik bersama ibu dan ayah.

“Apapun, semoga kita tidak menjadi anak-anak yang mengguris hati ibu dan ayah kita. Bagaimanapun, kita ini hanya manusia biasa.

“Kalau kita guriskan hati mereka, carilah kesempatan untuk kita memperbaiki kembali, memohon maaf dan menjernihkan kembali apa yang keruh.

“Pada saya, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semoga Allah beri panduan buat kita,” akhirinya.

IKLAN

Terdahulu, Ustaz Tamizi bakal menjadi juri tetap bagi program realiti terbaharu terbitan TV AlHijrah yang berjudul Akademi Qurra’.

“Seorang Ayah Jarang Menitiskan Air Mata, Mungkin Dia Rasa Gagal,” – Yusof Haslam Menangis, Ustaz Tarmizi Tersentuh

Akademi Qurra’ merupakan sebuah program mengaji yang bermatlamat melahirkan generasi pelapis kepada asatizah bidang Al-Quran.

Program ini turut menampilkan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC selaku hos pentas.

Akademi Qurra’ bakal bersiaran bermula 28 Januari, setiap Sabtu jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Ustaz Tarmizi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI