Berang disindir dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua wanita dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak di sebuah restoran di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut.

“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.

“Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin, petik Sinar Harian

IKLAN

Beliau berkata, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.

“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.

IKLAN

Pada Isnin, suasana sebuah restoran di sini gempar apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada di restoran tersebut.

IKLAN

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI