Satu-satunya anak Elvis Presley, Lisa Marie Presley telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 54 tahun. Kematiannya disahkan sendiri oleh ibunya, Priscilla Presley dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Sebelum itu mendiang telah dikejarkan ke hospital apabila dia ditemui tidak bernafas di kediamannya dan pihak paramedik mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.

Lisa Marie Presley, Anak Tunggal Elvis Presley Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

“Dengan berat hati saya mesti berkongsi berita yang mendukacitakan bahawa anak perempuan saya yang cantik Lisa Marie telah meninggalkan kami. Dia adalah wanita yang paling bersemangat, kuat dan penyayang yang pernah saya kenali,” ujar Priscilla.

IKLAN

Lisa Marie yang merupakan satu-satunya anak Elvis dan Priscilla Presley, berkongsi karisma bapanya memiliki mata yang redup, senyuman menggoda dan suara lemak menggoda.  Mendiang mengikut jejak ayahnya secara profesional apabila dia mengeluarkan album rocknya sendiri pada tahun 2000-an, dan muncul di pentas bersama Pat Benatar dan Richard Hawley.

Pada saat kematiannya, Lisa pernah berkahwin sebanyak empat kali dan dikurniakan empat cahaya mata. Dua daripada anaknya ialah Riley Keough yang merupakan seorang pelakon terkenal di Hollywood manakala anak lelaki tunggalnya pula, Benjamin Keough telah meninggal pada tahun 2022 akibat bunuh diri.

IKLAN
Lisa Marie Presley, Anak Tunggal Elvis Presley Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Dua hari lalu, Lisa Marie bersama ibunya, Priscilla menghadiri Golden Globes 2023 memberi sokongan kepada Austin Butler yang berlakon sebagai Elvis Preslesy dalam filem biopik mengenai bapanya itu.

Dilahirkan di Memphis, Tennessee pada 1 Februari 1968. Lisa Marie dibesarkan di kawasan itu sebelum berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun bersama ibunya berikutan perceraian ibu bapanya pada 1973.

IKLAN

Elvis meninggal dunia pada Ogos 1977 ketika Lisa Marie berumur 9 tahun, menjadikannya pewaris bersama harta pusaka bapanya bersama datuk, Vernon Presley dan nenek moyangnya , Minnie Mae Hood Presley. Selepas kematian kedua-duanya pada 1979 dan 1980, dia menjadi waris tunggal dan juga mewarisi kediaman bapanya di Graceland.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI