Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui berdepan pelbagai cabaran termasuklah dakwaan rumah tangga yang didakwa diganggu orang ketiga sepanjang menyertai program realiti, Famili Duo.
Pendedahan tersebut sekali gus menjawab spekulasi ramai berhubung sebuah hantaran tentang perkongsian Bella di Instagram Story baru-baru ini.
Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, posting tersebut merupakan ‘amarannya’ buat individu terbabit agar tidak lagi menggangu suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.
“Rasanya ramai yang boleh nampak dan setiap orang punyai masalah peribadi tersendiri. Mengimpikan hidup yang sempurna itu memang susah.
“Mengenai posting di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama (kemelut rumah tangga) berulang kembali. Sebagai isteri, saya memang ada perasaan trauma.
“Alhamdulillah, Aliff telah menunjukkan banyak perubahan sejak kami rujuk. Selepas Aliff buat comeback, dia shooting dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najwa tapi tiada masalah pun.
“Sampailah yang baru-baru ini, memang ada masalah. Posting tersebut merupakan amaran dan saya sudah pun bertanya kepada Aliff berhubung isu tersebut. Kata orang, sebelum apa-apa kita kena tanya suami kita dahulu,” katanya kepada MH.
Ads
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia bertambah geram apabila individu bergelar pelakon itu kerap cuba menghubungi suami dalam satu masa.
“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.
“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” kongsinya lagi.
Bella berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan pelakon wanita tersebut telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.
Ads
“Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia memohon maaf dan mengakui dirinya bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia direct message dan Whatsapp tanpa henti. Dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.
“Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. Saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati,” ujarnya.
Bagaimanapun, Bella memberitahu, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu terbabit.
“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.
Ads
“Mungkin ini kuasa Allah. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci. Cuma kejadian yang terbaru ini saya tak boleh terima. Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.
“Apapun, Aliff dah bersetuju untuk tidak lagi bekerjasama dengan pelakon tersebut lagi selepas ini. Mereka ada sebulan lagi untuk habiskan penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan,” akhirinya.
Terdahulu, Bella dan gandingannya Wani Kayrie telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Famili Duo yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Ikuti temu bualnya mengenai isu berkaitan di sini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ani Maiyuni menyatakan rasa setuju terhadap komen yang diberikan juri profesional Big Stage 2022, Ajai susulan penyingkiran pesertanya, Ahmad Iqbal Zulkefli minggu lalu.
Menurut Ani, usahawan berkenaan perlu menjadikan peluang menerusi penglibatannya dalam program realiti terbabit sebagai satu perkara serius sekiranya mahu fokus dalam karier seni nyanyian.
“Saya bersetuju apa yang Ajai cakap pada malam itu, sebab meski kita ada duit berjuta pun bakat tidak boleh dibeli, ia pemberian Allah Taala yang mana kau tak boleh beli,” katanya.
Penyanyi lagu Sedap ini memberikan pendapat selepas ditanya mengenai penglibatan Iqbal Zulkefli dalam program realiti nyanyian tersebut.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman bagaimanapun berpendapat Iqbal perlu menggunakan peluang dengan sebaiknya.
“Mungkin dia mahu mencari platform sebab dia pun ada mengeluarkan single baru-baru ini. Jadi tidak tahu lah sama ada dia mahu serius atau sebaliknya.
“Akan etapi kalau betul dia nak serius dalam bidang, dia kena ambil Big Stage sebagai satu platform yang bagus untuk dirinya,” katanya.
Mengulas lanjut, peserta Gegar Vaganza musim kelapan itu tidak menafikan latihan berterusan mungkin mampu asah bakat nyanyian seseorang.
“Jika orang itu tidak ada bakat sekali pun, dia boleh jadi seorang penyanyi sekiranya berlatih. Contoh macam ahli sukan, pemain bola sepak hampir setiap hari mereka berlatih untuk dapatkan teknik yang bagus.
“Sama juga seperti menyanyi, kena hari-hari berlatih. Jadi pada saya harus serius, kena menyanyi sekurang-kurangnya satu atau dua jam sehari, jangan kurang. Lepas itu, cari guru vokal untuk belajar, cari ton suara sesuai dengan diri kita dan teruskan latihan.
“Menyanyi ni adalah otot, kalau berlatih setiap hari kita akan dapat perbaiki mana yang kurang dan boleh menjadi seorang penyanyi yang bagus,” katanya lagi kepada MH.
Terdahulu, kemunculan Iqbal sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat telah mendapat reaksi ramai sehingga tular di laman media sosial.
Bagaimanapun, Iqbal yang menduduki tangga tiga terbawah telah diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam saingan konsert minggu kedua program tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas satu, satu kontroversi melibatkan selebriti melepaskan hijab. Turut sama cakna dalam isu yang berlaku, ulas Noorkhiriah, tindakan netizen yang ‘like’ foto tidak berhijab sebenarnya menggalakkan individu mempamerkan aurat.
“Kawan-kawan post gambar tak tutup aurat, laju je kita like sebab cantik. Tapi sedar tak dalam diam kita tengah galakkan kawan kita untuk pamerkan auratnya lagi dan lagi,” tulisnya di laman Instagram.
Malah, pelakon Nur ini juga berharap agar netizen dapat membuat teguran secara berhemah.
“Kalau kita sayang kawan kita, direct message lah dia secara berhikmah, sekurang-kurangnya kita dah buat satu amar makruf nahi munkar, kita kan nak masuk Syurga sama2,” ulasnya lagi.
Selepas lebih sebulan video lelaki bogel yang didakwa mirip Aiman Tino viral di laman sosial, penyanyi Ku Rela Dibenci itu menyelar sesetengah pihak kerana sekali lagi terpalit kontroversi berikutan sebuah rakaman video kedua miripnya pula mulai tersebar.
Difahamkan, video kedua yang dipercayai susulan kepada video yang pernah diperkatakan itu mulai dikongsikan sesama pengguna media sosial sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Aiman ketika ditemui pada majlis pelancaran Bazaar Raya 2019 Kuala Lumpur di PWTC, menafikan lelaki berkenaan adalah dirinya.
Malah, bintang remaja ini turut menyelar pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan rakaman video tak senonoh berkenaan, hingga boleh menjejaskan reputasi.
“Netizen tidak akan puas untuk menyebarkan perkara yang tidak betul. Sejujurnya, saya sudah malas untuk mengambil pusing tentang hal ini.
“Saya anggap hal ini sebagai isu bodoh dan saya tidak akan buat perkara sebegini.
“Kalau perkara ini terus berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan,” katanya yang mengakui masih belum melihat video yang dimaksudkan.
Mengulas mengenai baju yang dipakai lelaki dalam video berkenaan mirip baju miliknya pula, Aiman menambah, dia juga membeli-belah di butik-butik popular sama seperti orang lain.
“Seperti orang lain, saya juga membeli baju di H&M dan Cotton on misalnya. Jadi, tidak hairan jika baju saya itu sama dengan orang lain,” jelasnya kepada MH.
Foto: Sumber Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Indonesia, Nita Gunawan mendakwa dirinya ada melihat jelmaan seakan-anak kelibat nenek tua ketika menjalani penggambaran filem seram terbaharu, Anak Kunti di sebuah hutan di Jogyakarta, Indonesia.