Selepas menimbulkan persoalan ramai berikutan ketiadaan foto dan senarai lagu pilihan yang akan dinyanyikan oleh peserta Famili Duo, Naim Daniel dan Sissy Iman di dalam poster mingguan, pihak stesen televisyen, TV3 akhirnya telah mengemas kini hantaran tersebut.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram pada malam Jumaat, foto Naim dan Sissy telah kembali diletakkan di dalam poster.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bertemakan ‘Lagenda & Idola’, duo sepupu ini bakal membawakan lagu duet yang berjudul Pening nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn di konsert minggu separuh akhir yang akan berlangsung pada Ahad ini.

“Good Luck, Pedulikan…,”- Poster Dah Dikemas Kini, Naim Daniel & Sissy Iman Bakal Muncul Di Famili Duo Esok? “Good Luck, Pedulikan…,”- Poster Dah Dikemas Kini, Naim Daniel & Sissy Iman Bakal Muncul Di Famili Duo Esok?

Kemas kini tersebut nyata menimbulkan rasa teruja dikalangan netizen terutamanya para peminat Naim dan Sissy.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar duo tersebut akan tetap muncul pada malam konsert nanti.

IKLAN

“Yes Sissy Iman dan Naim Daniel is back. Berikan sokongan untuk mereka.

“Steady Sissy dan Naim. Support you all. Don’t give up. Keep it up.

“Harap Sissy Iman dan Naim boleh buktikan dekat Mas Idayu yang mereka boleh menyanyi dengan baik. InsyaAllah.

IKLAN

“All the best for Naim dan Sissy.

“Good luck Sissy Iman. Buat yang terbaik. Pedulikan apa orang nak kata. Anda ada bakat yang mahal,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Good Luck, Pedulikan…,”- Poster Dah Dikemas Kini, Naim Daniel & Sissy Iman Bakal Muncul Di Famili Duo Esok? “Good Luck, Pedulikan…,”- Poster Dah Dikemas Kini, Naim Daniel & Sissy Iman Bakal Muncul Di Famili Duo Esok?

IKLAN

Memetik laporan, Utusan Malaysia pada Jumaat, Naim memberitahu, dirinya tidak dimaklumkan berhubung ketiadaan gambar dan lagu persembahan bagi minggu separuh akhir dalam poster program tersebut yang dimuat naik pada pagi semalam.

Kata Naim, dia dan sepupunya, Sissy Iman juga belum memberi kata putus sama ada akan meneruskan perjuangan dalam program tersebut berikutan masih tiada lagu untuk dipersembahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Naim Daniel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI