Ads

PTTI Tayang Kisah Di Sebalik Kejayaan Pelajar, ‘Selekoh Akhir’ Demi Bantu Calon SPM Yang Masih Ketinggalan… Acara Turut Dihadiri Alyssa Dezek & Qadejah

PTTI
PTTI

Pusat tuisyen terkemuka, PTTI terus tampil dengan pendekatan berbeza apabila menganjurkan Tayangan Perdana “Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s” di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX, baru-baru ini.

Penganjuran tayangan eksklusif itu bertujuan memberi inspirasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya mereka yang masih bergelut dalam pelajaran.

Dokumentari berkenaan mengangkat kisah sebenar mengenai pengorbanan, kesungguhan serta perjuangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru PTTI dalam menjayakan Program Selekoh Akhir yang telah melahirkan ribuan pelajar cemerlang sejak diperkenalkan pada 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, dokumentari tersebut diterbitkan bagi membuka mata masyarakat terhadap usaha dan proses sebenar di sebalik kejayaan luar biasa yang dicapai oleh para pelajar.

“Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali. Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s,” katanya.

Guru Berpengalaman Jadi Tulang Belakang

Sepanjang majlis berlangsung, turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan program tersebut.

Kesemua mereka merupakan pendidik sepenuh masa di PTTI yang telah menjalani latihan intensif serta memiliki pengalaman mengajar yang luas.

Ads

Sebahagian daripada mereka telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam subjek Matematik Tambahan, manakala kebanyakannya mempunyai pengalaman mengajar melebihi sedekad.

Malah, tenaga pengajar itu turut terdiri daripada individu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang, namun berkongsi matlamat yang sama iaitu membantu setiap pelajar mencapai potensi terbaik mereka.

PTTI Tayang Kisah Di Sebalik Kejayaan Pelajar, ‘Selekoh Akhir’ Demi Bantu Calon SPM Yang Masih Ketinggalan… Acara Turut Dihadiri Alyssa Dezek & Qadejah PTTI Tayang Kisah Di Sebalik Kejayaan Pelajar, ‘Selekoh Akhir’ Demi Bantu Calon SPM Yang Masih Ketinggalan… Acara Turut Dihadiri Alyssa Dezek & Qadejah PTTI Tayang Kisah Di Sebalik Kejayaan Pelajar, ‘Selekoh Akhir’ Demi Bantu Calon SPM Yang Masih Ketinggalan… Acara Turut Dihadiri Alyssa Dezek & Qadejah

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/alyssa-dezek-sasar-ijazah-perniagaan-dedah-formula-straight-a-spm-peranan-besar-ptti-saya-memang-minat-bisnes/

Bantu Pelajar Bangkit Sebelum SPM

Cikgu Fana berkata, Program Selekoh Akhir merupakan program persediaan intensif yang dijalankan sepanjang tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM dan dibangunkan khusus bagi membantu pelajar yang masih lemah atau ketinggalan dalam akademik.

“Sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, program ini berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi daripada gred G kepada A, malah tidak kurang juga berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM.

Kejayaan konsisten itu turut membolehkan PTTI menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia,” katanya lagi.

Ads

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race berkata, Program Selekoh Akhir diwujudkan berasaskan kepercayaan bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk mengubah masa depan mereka selagi belum menduduki peperiksaan.

Anda mungkin berminat dengan

“Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit.

Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang,” katanya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman, Alyssa Dezek yang juga pelajar Selekoh Akhir 2025 dan memperoleh keputusan 9A dalam SPM, selain Madammu, Asyraf Khalid, Tya Arifin serta alumni Program Selekoh Akhir bagi sesi 2019 hingga 2025.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Online Selekoh Akhir SPM PTTI boleh melayari laman web rasmi mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Vinmeen: Maara Angkat Realiti Dunia Influencer, Papar Pengorbanan Anak Muda...

Dalam era media sosial yang berkembang pesat, kerjaya sebagai influencer atau pempengaruh bukan lagi sekadar hobi, malah kini menjadi antara peranan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan anak muda khususnya.
error: Hello. Cannot.