Sebuah pesawat penumpang American Eagle yang merupakan penerbangan domestik di bawah American Airlines telah bertembung dengan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan pada 29 Januari 2025.
Pesawat jenis PSA Airlines Bombardier CRJ700 membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter yang terlibat ialah Sikorsky H-60 Black Hawk.
Kedua-dua kenderaan uadara itu terhempas ke Sungai Potomac selepas pertembungan.
Pesawat yang terlibat dikenal pasti sebagai American Eagle dengan nombor penerbangan 5342 yang dioperasikan oleh PSA Airlines berlepas dari Wichita, Kansas, menuju ke Washington D.C.
Pasukan penyelamat telah menemui 18 mayat dan masih mencari mangsa yang hilang. Operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi.
Kotak hitam dari kedua-dua pesawat telah ditemui untuk siasatan lanjut. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) melaporkan bahawa perlanggaran berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan ketika pesawat menghampiri landasan untuk mandarat.
Ads
Punca sebenar perlanggaran masih dalam siasatan, dan kotak hitam dari kedua-dua pesawat telah dihantar untuk analisis.
Lapangan Terbang Nasional Reagan menangguhkan semua penerbangan, dengan beberapa penerbangan dialihkan ke lokasi lain. American Airlines menyatakan kesedihan dan komitmen mereka dalam membantu siasatan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun hanya sekejap meluangkan masa bersama Nur Fatima, kerinduan pelakon Fattah Amin terhadap anak perempuannya itu tetap tidak pernah padam.
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, juga berharap agar anaknya itu tidak bersedih, kerana kasih sayang dan cintanya kepada Fatima akan kekal sampai bila-bila.
Hantaran berkenaan juga pantas menjadi sorotan warganet sehingga ruangan komen dihujani dengan reaksi yang pelbagai. Antaranya;
“Terima kasih Mummy tolong jagakan anak Daddy dengan baik dan sempurna.”
“Alhamdulilah… Semoga Allah SWT terus pelihara kasih sayang ini hingga ke syurga.”
“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Dapat juga Fattah lepaskan rindu peluk Fatima walaupun seketika. Kasih ayah buat anak akan terus mekar selamanya sampai ke syurga.”
“Muka Fattah Amin. Selalu anak first mesti copy paste wajah ayah. Allah Yang Maha Bijaksana.”
“Alhamdulillah. Both happy. Dapat hilang rindu walau sekejap. Tak tahu kenapa sedih tengok gambar ni.”
Imbas kembali, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada 7 Oktober tahun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda penghargaan, penyanyi Ernie Zakri sudi untuk menaja perkhidmatan jurusolek buat seorang peminat wanita yang akan hadir ke Konsert Aura, Sabtu ini.
Menurut Ernie, wanita tersebut sudah meminatinya sejak 10 tahun yang lalu tetapi belum berkesempatan untuk bertemu kerana dia tinggal agak jauh.
“Peminat tersebut memaklumkan dia sudah meminati saya sejak 10 tahun yang lepas tapi kami tidak pernah berjumpa. Ada sesetengah peminat yang memang saya kenal wajahnya tapi bukan wanita tersebut.
“Sebelum ini, dia tinggal agak jauh iaitu di Sarawak. Jadi, bila saya menonton videonya di media sosial yang menangis-nangis ketika perang membeli tiket, ia membuatkan saya terharu.
“Saya memikirkan bukan dia seorang sahaja yang sebegitu. Mungkin ramai lagi peminat yang menghargai Ernie Zakri. Jadi, itu adalah tanda terima kasih saya kepada peminat tersebut,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ku Bersuara itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan studio Konsert Aura yang berlangsung di Shoreline Space, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kata Ernie lagi, dia tersentuh selepas menonton video peminat tersebut yang tular di media sosial kerana membeli baju baharu untuk hadir ke konsert.
“Kalau boleh, saya memang nak memberikan sesuatu yang istimewa buat mereka yang membeli tiket saya. Namun, saya menaja peminat tersebut sebagai tanda terima kasih kerana dia memang sudah lama meminati saya.
“Di media sosial, peminat tersebut maklumkan dia sudah membeli baju untuk ke konsert. Kemudian, dia bertanya, perlukah dia menggunakan khidmat jurusolek.
“Saya rasa perlu kerana bajunya sangat cantik. Jadi, saya minta team saya untuk menghubunginya dan uruskan hal tersebut. Ia juga sebagai tanda penghargaan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Syamel ini juga tersentuh dengan sikap peminat tersebut yang amat menghormati waktunya bersama keluarga.
“Katanya, dia pernah terserempak dengan saya tapi dia tak nak tegur kerana ketika itu, saya sedang bersama keluarga. Jadi, saya merasakan perkara tersebut sangat besar kerana dia menghormati saya.
“Cuba anda bayangkan bila kita minat seseorang artis itu dan dia sudah berada di depan mata, tapi kita tak nak tegur kerana dia sedang bersama keluarga.
“Jadi, saya merasakan dia seorang peminat yang istimewa di hati saya,” katanya.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang Konsert Aura yang akan berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur, Ernie akui agak sebak bila mengenang kembali perjalanannya sepanjang bergelar anak seni.
“Sejujurnya dalam masa seminggu ini, perasaan saya sangat bercampur baur. Bila kita buat konsert ini, ia sangat peribadi buat saya kerana ia juga merupakan sebuah kejayaan sepanjang perjalanan kerjaya saya.
“Bila kenang semula, rasa sedih dan terharu itu tetap ada. Kita sudah sampai ke tahap ini dan ini masanya untuk memberi semula kepada peminat yang bertungkus lumus menyokong saya selama ini.
“Saya akan cuba sehabis baik dan termampu. Semoga konsert tersebut bakal menjadi malam yang akan mereka ingat sampai bila-bila. Ada banyak momen dan kejutan yang ingin saya kongsikan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal membuat debut di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi, Nadeera Zaini memanjatkan rasa syukur apabila impiannya sejak usia kanak-kanak akan menjadi kenyataan.
Mempertaruhkan lagu ‘Bukan Lagi Kita’, Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini memaklumkan persediaannya kini sudah pun mencecah 70 peratus.
“Sehingga kini, saya masih merasa seperti mimpi. Pentas AJL ini memang sudah saya idamkan sejak kecil lagi. Saya menonton AJL ini setiap tahun.
“Alhamdulillah, hari ini Allah memberikan saya kesempatan untuk menggapai mimpi tersebut. Saya juga akan bertanding sebaris dengan orang-orang yang hebat,” katanya kepada MH.
Juara program Big Stage musim ke-5 berkata sedemikian ketika ditemui di acara Mega Live AJL39, baru-baru ini.
Disebut-sebut sebagai antara pencabar utama AJL39, Nadeera enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Besar harapan orang-orang itu. Apapun, saya tetap bergantung kepada rezeki. Kalau ada rezeki, adalah. Dapat masuk ke pertandingan ini pun saya sudah sangat bersyukur.
“Ia juga merupakan satu langkah baharu untuk saya. Jika menang, ia merupakan satu bonus. Siapa sahaja yang tak nak menang? Sudah tentu kita nak menang dan cuba buat yang terbaik.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Nanti saya juga yang akan sedih. Apapun, saya mengharapkan doa daripada kalian semua,” ujarnya.
Bakal bertanding sepentas bersama komposer lagunya sendiri tidak menghalang Nadeera untuk mendapatkan nasihat daripada penyanyi terkenal, Hael Hussaini.
“Saya ada berjumpa dengan Hael untuk mendapatkan nasihat kerana dia merupakan pemilik lagu. Alhamdulillah banyak tunjuk ajar yang dia berikan.
“Namun, kami berdua akan bertanding di pentas yang sama. Jadi, kami beri ruang buat masing-masing. Saya lebih banyak bekerja dengan team saya sendiri,” akhirnya.
Terdahulu, AJL39 bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Sebanyak 10 buah lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran AJL39.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui risau apabila perlu berjaga malam dan menjaga anak ketiganya, Anggun Mikayla, seorang diri selepas suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir kini disahkan positif COVID-19.