Meski berdepan ujian kemelut rumah tangga bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah, penyanyi Hafiz Suip tetap mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Februari depan.

Menurut Hafiz, urusan tersebut masih berjalan di mahkamah dan dia berlapang dada terhadap apa yang bakal berlaku.

Urusan Cerai Hafiz Suip Masih Dalam Proses, Berdoa Moga Anak-Anak Faham Situasi – “Lambat-Laun Mereka Akan Tahu…”

“Kalau boleh, saya tak nak bercakap sangat soal peribadi, lebih-lebih lagi bila nak dekat dengan AJL39. Hal rumah tangga saya ini sudah diambil alih oleh pihak mahkamah.

“Kalau saya bahaskan sekali pun, saya takut ia akan mengganggu perjalanan proses tersebut. Ketika ini, kami hanya menantikan keputusan pihak mahkamah.

“Saya doakan yang terbaik untuk hubungan kami agar semuanya berjalan lancar, tiada persengketaan dan berpisah cara baik,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Awan Nano itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Mega Live AJL39 di Petaling Jaya pada Sabtu.

Perlu Berterus Terang Dengan Anak-Anak

Pada masa sama, Hafiz akui perpisahan ini bakal memberikan kesan buat anak-anak namun, dia akan tetap berusaha untuk memastikan mereka faham dengan keadaan tersebut.

Urusan Cerai Hafiz Suip Masih Dalam Proses, Berdoa Moga Anak-Anak Faham Situasi – “Lambat-Laun Mereka Akan Tahu…”

Ads

“Kata orang, bila kita berpisah, anak-anak akan tersiksa. Ya, saya tahu semua itu tapi saya juga perlu berani menerima ujian ini.

“Saya bagitahu mereka tentang perkara ini sebab lambat laun nanti mereka tetap akan tahu. Saya hanya berdoa kepada Allah agar anak saya faham dan diberikan kekuatan.

“Apa pun yang berlaku, saya nak anak-anak tahu yang saya masih lagi bapa mereka dan sayang mereka,” ujarnya.

Ditanya mengenai status terkininya, Hafiz mempunyai jawapannya tersendiri.

“Saya masih lagi berstatus suami orang cuma kami tidak tinggal sebumbung. Segalanya masih lagi dalam proses mahkamah,” katanya.

Ads

Meskipun berdepan situasi sukar, juara Akademi Fantasi musin ke-7 tetap melihatnya dari sudut positif.

“Ini adalah ujian yang perlu saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu ujian ini sangat berat tetapi saya belajar untuk bersyukur.

“Saya hanya mengharapkan doa daripada orang-orang yang menyokong dan sayang saya,” katanya.

Katanya lagi, dia kini banyak meluangkan masa bersama keluarga dan mengelak untuk hidup menyendiri.

Urusan Cerai Hafiz Suip Masih Dalam Proses, Berdoa Moga Anak-Anak Faham Situasi – “Lambat-Laun Mereka Akan Tahu…”

Ads

“Caranya mudah iaitu cari orang yang sayang saya seperti ibu, ayah, keluarga dan sahabat-sahabat.

“Kalau orang itu sudah tidak sayangkan kita, kenapa nak terkejar-kejar dan memaksa. Kedua, jangan menyendiri. Perkara ini banyak bermain dengan hati, jiwa dan mental.

“Carilah support sistem yang sentiasa memberikan kita semangat. Dekatkanlah diri kita dengan Allah SWT.

“Kalau menyendiri, kita akan muda terima hasutan. Ia bukan hasutan orang luar tapi diri sendiri. Kita akan cakap perkara negatif terhadap diri sendiri. Itu yang saya tak nak,” akhirinya.

Terdahulu, Hafiz menerusi temu bual bersama Melodi mengakui dia dan isteri sudah tidak lagi sebumbung dan dalam proses untuk berpisah.

Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2016 dan Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI