Konsert yang dijadualkan berlangsung di The Star Theatre itu akan menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Aina Abdul, Asmidar, serta Dzahira Talita Zahra yang juga anak kepada Allahyarham Siti Sarah.

Optimis Ambil Tawaran

Susulan kejayaan konsert serupa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 Ogos tahun lalu, Ajai, atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas mengakui pihaknya ada menerima beberapa tawaran untuk membawa persembahan tersebut ke Singapura.

“Selepas konsert di Kuala Lumpur tempoh hari, kami menerima beberapa undangan menjayakan konsert di Singapura.

“Semestinya saya tidak mahu melepaskan peluang itu dan selepas berbincang secara lanjut dan teliti, saya dan pihak Wake The Baby Record menerima tawaran daripada AA Power selaku penganjur,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert ByAjai & Mega Friends di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

Bawa Kelainan Di Singapura

ByAjai & Mega Friends Ke Singapura, Bawa Sekali Anak Siti Sarah – “Dulu Ibunya Dekat Dengan Karya Saya, Kini Ini Allah Hadirkan Anaknya Pula.” ByAjai & Mega Friends Ke Singapura, Bawa Sekali Anak Siti Sarah – “Dulu Ibunya Dekat Dengan Karya Saya, Kini Ini Allah Hadirkan Anaknya Pula.” ByAjai & Mega Friends Ke Singapura, Bawa Sekali Anak Siti Sarah – “Dulu Ibunya Dekat Dengan Karya Saya, Kini Ini Allah Hadirkan Anaknya Pula.” ByAjai & Mega Friends Ke Singapura, Bawa Sekali Anak Siti Sarah – “Dulu Ibunya Dekat Dengan Karya Saya, Kini Ini Allah Hadirkan Anaknya Pula.”

Selain itu, Ajai menjelaskan pihaknya juga membawa kelainan dalam konsert berkenaan dengan menampilkan Asmidar, penyanyi lagu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Asmidar, yang sinonim dengan lagu debut ciptaan Ajai itu, turut sama diundang susulan permintaan peminat yang disuarakan melalui media sosial, sebelum ini.

Ads

Sementara itu, Ajai menyifatkan persembahan istimewa Dzahira Talita Zahra, anak kepada Allahyarham Siti Sarah dan Shuib, sebagai sebuah momen yang penuh makna.

“Kalau dikenang waktu saya mula-mula uji bakat Siti Sarah pada tahun 2001, macam-macam bermain di kotak fikiran apabila bertemu dengan anak arwah dan Shuib ini.

“Thalita nama yang sedap didengar. Anak ini sangat senang dibawa berbicara. Walau masih muda, namun dia menunjukkan minat mendalam dalam industri muzik dan dapat sokongan yang penuh dari bapanya.

“Itu juga satu dorongan yang baik selain perlu tetap fokus terhadap pelajaran. Bagi saya, dia sudah akan cabang minatnya, iaitu kepada menyanyi.

Ads

“Semoga Allah memberikan adik Thalita dan Shuib rezeki untuk menjadi satu nama yang besar dan mungkin setanding dengan nama ibunya suatu hari nanti Insya-Allah.

“Saya sebagai insan yang berdiri di belakang mereka sangat terharu kerana diberikan kepercayaan ini.

“Kalau dahulunya, Siti Sarah sangat dekat dengan muzik-muzik saya, kini Allah hadirkan anaknya pula. Inilah rezeki yang tak pernah kita duga,” katanya lagi.

Konsert By Ajai & Mega Friends dijangka akan berlangsung selama dua jam, menampilkan rangkaian lagu-lagu hit hasil ciptaan Ajai, di samping susunan muzik istimewa yang terhasil daripada kolaborasi bersama pengarah muzik, Sharon Paul.

Tiket untuk Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura juga sudah boleh didapati menerusi laman web rasmi Sistic di Sistic.com.sg dan untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berkenaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI