Teka-teki mengenai siapakah dua individu yang dirahsiakan menerusi teaser Anugerah Juara Lagu ke-39  (AJL39) baru-baru ini akhirnya terjawab.

Dua individu yang dirahsiakan itu bukanlah finalis tambahan seperti yang diteka segelintir pihak, sebaliknya mereka ialah wakil penaja utama AJL39 bersama dutanya, Datuk Aaron Aziz.

Tiada Penambahan Lagu

Menurut Pengurus Projek AJL 39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues, tiada penambahan dari segi lagu (wildcard).

Naz Rahman & Sissy Iman Hos AJL39, Tutup Khabar Angin 2 Lagu ‘Wildcard’! – “Kekal 10 Lagu.”

“Ramai yang tertanya-tanya di media sosial mengenai siapa individu yang dirahsiakan itu. Mereka ialah pengasas produk Jardin Peau dan dutanya iaitu Datuk Aaron Aziz.

Ads

“Sebelum ini kan memang ada 12 lagu yang bersaing di AJL. Bila ramai tertanya-tanya, kami hanya ikutkan sahaja ‘hype’ netizen.

“Namun bagi kami, 10 lagu sudah mencukupi untuk melangkapkan AJL39. Jumlah finalis adalah muktamat dan mereka adalah barisan lagu terbaik,” katanya pada acara Mega Live AJL39, di Petaling Jaya pada Sabtu.

Sebelum ini, dua buah lagu sebagai slot tambahan atau disebut sebagai ‘wildcard’ itu hangat diperkatakan susulan sebelum ini, sinonim 12 buah lagu yang akan dipertandingkan.

Hos AJL39 Diperkenalkan

AJL 39 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula jam 9 malam.

Ads

Tiket untuk menyaksikan AJL 39 secara langsung boleh didapati melalui laman web, bermula malam ini.

Pada acara ini juga, pengacara Naz Rahman diberikan tanggungjawab selaku hos AJL39 dan akan bergandingan bersama penyanyi dan pelakon Sissy Iman.

Naz Rahman & Sissy Iman Hos AJL39, Tutup Khabar Angin 2 Lagu ‘Wildcard’! – “Kekal 10 Lagu.”

Sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL 39 adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

Ads

Turut bersaing Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).

Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).

Lagu Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito) turut bakal memberikan saingan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI