Mengambil langkah berani dengan mencabar diri mengarahkan filem animasi buat pertama kali, pengarah Syafiq Yusof menyifatkan filem Soloz: Game of Life sebagai salah satu karya paling mencabar yang pernah dihasilkannya.

Syafiq, atau nama penuhnya Mohd Syafiq Mohd Yusof, 33, bagaimanapun, berasa puas hati dengan hasil akhir filem tersebut, meskipun proses pembikinannya benar-benar menguji keupayaannya sebagai pengarah dari sudut fizikal dan mental.

Naskhah Yang Paling Sukar

“Saya rasa ini filem paling sukar saya pernah buat, buat filem Sheriff pun lebih santai. Dari segi fizikal dan lebih-lebih lagi mental. Ini kali pertama saya buat filem animasi.

“Tapi saya tetap mahukan animasi yang cantik, jadi kami bekerjasama dengan syarikat Moontoon dan saya berpuas hati dengan hasil filem ini,” katanya.

Syafiq turut menjelaskan, dia banyak bereksperimen dalam usaha menghasilkan ‘shot’ yang menarik untuk filem tersebut, dengan tujuan memikat perhatian penonton serta menyuntik elemen animasi yang lebih praktikal.

“Kita menggunakan teknik-teknik kamera menarik sebab gamers ini mereka main tak bergerak daripada tempat duduk. Jadi kamera harus bergerak untuk memperlihatkan babak dirakamkan itu menarik.

Ads

“Tambahan pula dengan suntikan animasi dalam filem ini memberikan satu keterujaan baharu buat penonton,” katanya lagi.

Filem Soloz: Game Of Life Antara Karya Paling Sukar, Syafiq Yusof Tak Letak Sasaran Kutipan – “Hanya Mahu Penonton Faham Mesej Yang…”Filem Soloz: Game Of Life Antara Karya Paling Sukar, Syafiq Yusof Tak Letak Sasaran Kutipan – “Hanya Mahu Penonton Faham Mesej Yang…”

Syafiq pada masa tidak menetapkan sasaran kutipan untuk filem ini, namun tetap optimis dan berharap penonton dapat menikmati tayangan serta memahami mesej yang ingin disampaikan.

“Saya tak letakkan sasaran kutipan kerana sejujurnya saya hanya mahu penonton faham mesej yang saya nak sampaikan.

“Lebih-lebih lagi selepas saya, pelakon dan krew produksi sudah bekerja keras untuk hasilkan naskhah animasi sebegini.

Ads

“Saya percaya kepada mesej kebaikan yang Soloz mahu kami sampaikan melalui filem ini. Semoga yang menonton terhibur,” katanya.

Filem Soloz: Game Of Life Antara Karya Paling Sukar, Syafiq Yusof Tak Letak Sasaran Kutipan – “Hanya Mahu Penonton Faham Mesej Yang…”

Filem Soloz: Game Of Life Antara Karya Paling Sukar, Syafiq Yusof Tak Letak Sasaran Kutipan – “Hanya Mahu Penonton Faham Mesej Yang…”Sukses Soloz Jadi Inspirasi

Filem Soloz: Game Of Life mengambil inspirasi daripada perjalanan hidup seorang ikon E-sukan tanah air iaitu Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz.

Soloz ialah pemuda asal Seremban, Negeri Sembilan yang mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang.

Ads

Karya ini juga menggambarkan perjalanan dan kesungguhan Soloz sebagai antara pemain profesional terawal Mobile Legends: Bang Bang dari Malaysia.

Malah kejayaannya memuncak ketika dia mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Filipina 2019 dan berjaya merangkul pingat gangsa.

Penghargaan terhadap sumbangannya dalam E-sukan di negara ini diserlahkan lagi apabila dia dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-74, Januari 2022.

Naskhah arahan Syafiq ini dibintangi pelakon seperti Hun Haqeem, Ikmal Amry, Noki K-Clique, Imran Aqil, Syafie Naswip, Hafeez Mikail dan ramai lagi dan sudah mula ditayangkan di pawagam bermula bermula 23 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI