Selepas sukses melancarkan empat buah single, penyanyi meningkat naik, Danial Kifli akui belum bersedia untuk bertukar ke genre selain daripada balada kerana bimbang bakal mengelirukan pendengar.

Menurut Danial, dia mahu mengukuhkan namanya sebagai penyanyi balada terlebih dahulu sebelum mencuba sesuatu yang baharu.

Katanya lagi, kebanyakkan pendengar hanya mengetahui lagu-lagunya sahaja dan tidak sepenuhnya mengenali dirinya.

“Terkilan Juga, Orang Hanya Kenal Lagu,” – Danial Kifli Tak Setuju Disamakan Dengan Haqiem Rusli

“Ketika ini, saya hanya mengikut minat dan lagu-lagu yang selesa untuk dibawa. Jika saya ikut kehendak orang lain dan tak kena dengan jiwa, saya akan hasilkan sesuatu yang palsu.

“Saya belum bersedia untuk menukar genre tetapi perasaan untuk mencuba sesuatu yang baharu itu tetap ada.

“Walaupun saya sudah punyai lagu yang ‘meletup’ tapi saya agak takut juga. Tidak semua lagu-lagu kita akan menerima impak yang sama.

Ads

“Saya ambil nasihat penyanyi-penyanyi yang lebih senior. Saya kena cipta identiti dahulu. Bila identiti sudah kuat, orang bukan sekadar tahu lagu saya tapi kenal siapa saya,” katanya kepada MH.

Anak jati Muar, Johor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan muzik video lagu ‘Jauh’ yang berlangsung di Juff Coffee, Southvill City pada Jumaat.

Pada masa sama, Danial juga kurang bersetuju bila ada pihak yang menyamakan cara nyanyiannya dengan penyanyi terkenal, Haqiem Rusli.

“Terkilan Juga, Orang Hanya Kenal Lagu,” – Danial Kifli Tak Setuju Disamakan Dengan Haqiem Rusli

Ads

“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya agak terkilan bila ada yang tak kenal. Malah, ramai juga yang samakan saya dengan Haqiem Rusli. Saya kurang bersetuju. Level Haqiem jauh lebih tinggi.

“Saya pula baru nak menapak. Tone kami juga agak berbeza. Mungkin orang sudah terbiasa mendengar lagu-lagu Haqiem dan bila dengar lagu saya, mereka ingat sama.

“Saya mendengar lagu-lagu Haqiem sejak kecil. Cara nyanyian kami juga berbeza,” ujarnya lagi.

Enggan Terpalit Dengan Gimik Murahan

Dalam pada itu, penyanyi di bawah naungan, Awal Muzik Entertainment ini turut menegaskan dirinya tidak akan sesekali terlibat dengan taktik gimik murahan semata-mata untuk menaikkan namanya.

Ads

“Terkilan Juga, Orang Hanya Kenal Lagu,” – Danial Kifli Tak Setuju Disamakan Dengan Haqiem Rusli

“Di usia muda ini, saya tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi negatif. Saya juga membawa nama baik keluarga. Jadi, saya tidak mahu malukan keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri.

“Selagi saya boleh kembangkan kerjaya dengan perkara positif, selagi itu saya akan berusaha,” akhirinya.

Terdahulu, muzik video ‘Jauh’ kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube, Awal Muzik Entertainment.

Nama Danial mula mendapat perhatian selepas muncul menerusi single ‘Musnah’ yang kini sudah meraih hampir tiga juta tontonan di Youtube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI