Pelakon, Imran Aqil mengakui kehidupannya kini telah banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya yang juga pempengaruh, Dahlia Rizal.
Menurut Imran, dia merasakan dirinya kini lebih terurus dan makin fokus dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
“Selepas berkahwin, ramai yang kata wajah saya kini makin berseri-seri. Yang menjaga bab muka ini memang tugas isteri saya. Sebelum tidur, mesti dia akan pakaian ‘skincare’ untuk saya walaupun saya sudah tertidur.
“Kehidupan saya kini makin teratur dan terurus. Pada masa sama, rezeki yang datang juga luar biasa. Datang dari pelbagai arah. Itu yang saya perasan,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Skuad X itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Challo Run x Maskulim Who’s Your Bro yang berlangsung di ibu kota pada Ahad.
Isteri Pesan Soal Poligami
Dilabel pasangan contoh buat mereka yang ingin berkahwin pada usia muda, Imran akui agak risau dengan ekspektasi tinggi yang diletakkan oleh netizen.
Ads
“Pada mulanya saya rasa agak terbeban juga. Ketika ini, kita banyak dengar kisah mengenai isu rumah tangga dan penceraian.
“Isteri saya pun kerap kali cakap supaya tak ikut jejak langkah mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Sebelum ini, ada seorang artis yang bercakap soal poligami. Sampai isteri saya juga suruh saya berhati-hati jika dapat pertanyaan sebegitu.
Ads
“Kata isteri saya, jika ada yang bertanya soal poligami, cakap sahaja tak nak,” katanya lagi.
Jelas bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu lagi, dia juga tidak akan sesekali menyakiti isterinya yang lama dikejar sejak usianya belasan tahun.
“Dia adalah wanita idaman saya sejak usia saya 17 tahun. Ketika itu, saya hanya mampu pandang sahaja. Saya sedar diri. Diri ini kerdil.
Ads
“Namun, selepas menyertai Hero Remaja, keyakinan itu mula ada. Dari situ, saya memberanikan diri untuk berkenalan sehinggalah berkahwin pada hari ini,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai soal pembahagian masa lebih-lebih lagi apabila kedua-dua merupakan pelakon dan pempengaruh media sosial, ini kata Imran
“Kami punyai fleksibiliti dari segi masa. Kalau saya ada penggambaran, mungkin saya akan balik lewat. Namun, selepas berkahwin, tawaran berlakon itu agak kurang. Seperti kita tahu, ramai lebih utamakan pelakon bujang.
“Jadi, saya banyak masa lapang dan bekerja di rumah. Jadi, kami memang selalu bersama,” akhirinya.
Sekadar informasi, Imran dan Dahlia telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru baru ini hangat perkatakan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah dan penerbit terkenal Datuk A. Aida yang membayangkan rupa paras lebih penting berbanding bakat untuk menjadi seorang pelakon terkenal.
Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau sinonim dengan panggilan Kak Ogy antara selebriti yang turut memberi reaksi terhadap isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon senior versatil yang sinonim dengan filem Ali Setan itu memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh A.Aida.
“Apa Punya Statement Ni Sampai Menghina Ciptaan Allah Sebab Tu Saya Buat “SPOTLIGHT Follow Program Saya Ni Di ig @ogytv.”
Ibu kepada Allahyarhamah Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah ada menitipkan dedikasi buat anak tersayang baru-baru ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah yang ke-26 pada 16 September lalu.
Semua atas ketentuan Yang Maha Esa, peserta program Big Stage 2020 itu pergi mengadap Illahi pada 11 September lalu selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Menyifatkan arwah sebagai anak yang baik dan sering mendahulukan si ibu, Syakinah turut menyatakan rasa sebak atas sokongan ramai yang begitu menyayangi anaknya yang mesra disapa kakak itu.
Perkongsian tersebut dibuat bersama video yang dilakukan peminat teristimewa buat arwah. Ikuti coretan yang dititip Syakinah;
“Kakak,
Mama titipkan video yg di buat khas buat kakak daripada peminat dan penyokong kakak pada hari lahir kakak hari ini 16 September 2020.
“Mereka benar2 buat mama sebak dan terharu, sungguh pun kakak sdh tiada hari ini, kasih sayang mereka buat kakak semakin hari semakin subur.
“Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi, betapa ramai yg menyayangi kakak, kerana selama hidup kakak, kakak sering merasakan diri kakak tidak di hargai dan di sayangi.
“Mama sedih dan kesal kerana semuanya ini datang terlambat, namun mama tetap beryukur sekurang2nya mama tahu anak mama di sayangi ramai org dan ramai juga yg mendoakan kakak.
“Tiada kata2 yg dpt mama gambarkan perasaan kehilangan mama pada hari ulang tahun kelahiran kakak, sakitnya meratapi kehilangan, peritnya menahan sebak di dada teringatkan kakak, pedihnya kerinduan ini.
“Kakak anak mama yg taat, sering mendahulukan perasaan mama, takut jika kakak melukakan perasaan mama meskipun kakak tdk melakukan apa2 kesalahan.
“Kakak seorg yg pemurah dan pengasihan, sering luluh hati melihat org lain susah, kalau jumpa org jual keropok kering kakak akan berhenti utk beli sekalipun kakak tak perlu..alasan yg selalu kakak berikan sebab KESIAN, mungkin hari tu blm ada org yg beli jualannya…setelah kakak beli, kakak akan sedekahkan pula pada org lain.
“Ramai kawan2 kakak yg inbox mama menceritakan apa perkara kebaikan yg telah kakak lakukan pada mereka dan ianya benar2 buat mama terkedu, sebegitu sekali kebaikan yg anak mama tebarkan dlm persahabatan.
“Dan kawan2 kakak semua ckp mereka takan lupakan kebaikan kakak. Sungguh mama terharu.
“Bnyk lg yg ingin mama coretkan tentang kakak, namun airmata mama sudah terlalu berat utk di tahan2.
“Damailah kakak dalam pelukan kasih sayang Allah.. Mama di sini akan sering mendoakan kakak dan insyaallah setiap impian kakak yg blm tercapai akan mama sempurnakan utk kakak.
“Mama jg tak akan lupa buat pahala sebnyk mungkin utk kakak.
“Happy Birthday in heaven kakak. Mama rindu kakak.. Mama love you dearly kakak.. Alfatihah buat mu anak…”
😭😭😭😭😭Kakak,Mama titipkan video yg di buat khas buat kakak daripada peminat dan penyokong kakakpada hari lahir kakak…
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September lalu selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Allahyarham mengalami kegagalan fungsi otak akibat kemalangan jalan raya pada 5 September lalu.
Sandra ketika itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan program Big Stage 2020.
Jenazah Sandra dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kaulan, Tuaran Sabah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Duo finalis, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin melakar kejutan pada saat akhir untuk muncul selaku juara sulung program Maskulin Who’s Your Bro.Kemenangan tersebut membolehkan...