Nadeera Zaini menafikan sekeras- kerasnya dakwaan yang mengatakan dirinya merupakan penyanyi wanita yang didakwa bersekedudukan dengan lelaki berstatus suami orang.
Menurut Nadeera, dia juga bingung mengapa namanya tiba-tiba terpalit dengan kontroversi seperti ini yang dianggap tidak berasas.
“Saya pun tak tahu kenapa nama tiba-tiba dipetik. Saya memang tak suka masuk campur urusan orang lain lebih-lebih lagi hal rumah tangga.
“Saya tidak mahu komen apa-apa. Terpulang kepada kalian nak cakap individu itu saya atau bukan.
“Namun, saya ingin tegaskan individu yang dimaksudkan itu bukanlah saya. Saya menafikan semahu-mahunya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Nadeera tidak menolak kemungkinan isu ini sengaja direka bagi menjatuhkan nama baiknya.
Ads
“Saya rasa mungkin ada betulnya juga. Isu ini terjadi secara tiba-tiba. Saya pun tak tahu niat mereka kaitkan nama saya.
“Tak mengapalah. Saya tidak mahu ambil peduli,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nadeera akui bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang sangat memahami dan tahu tentang permainan dunia seni.
Ads
“Saya sudah terangkan perkara sebenar. Saya memang tak tahu menahu bagaimana isu tersebut timbul. Alhamdulillah mereka okay sahaja.
“Mereka pun tahu ini merupakan gosip yang sengaja dibuat untuk menghangatkan keadaan. Yelah, AJL pun akan berlangsung tidak lama lagi.
“Macam-macam isu yang timbul. Tak boleh buat salah sikit,” ujarnya.
Berani Kerana Benar
Ditanya bagaimana dia boleh kekal tanang meskipun namanya terpalit dengan tuduhan yang sangat berat, ini reaksi Nadeera;
Ads
“Saya tidak salah. Jadi, buat apa nak takut. Itu sahaja cara saya. Berani kerana benar.
“Saya sebolehnya nak menepis gosip-gosip panas. Kalau boleh saya mahu menjadi artis yang bersih. Saya bukan orang yang suka cari masalah,” katanya.
Jelas Nadeera lagi, dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Ia tidak mengganggu konsentrasi saya menjelang AJL. Saya seorang yang tak ambil kisah bila timbul isu seperti ini. Saya tidak mahu memeningkan keadaan.
“Ketika ini, fokus saya adalah persiapan menjelang AJL. Jadi, saya malas nak beratkan isu-isu remeh seperti ini. Hal seperti ini tak perlu pun saya fikir.
“Memang itu bukan saya. Lantaklah orang nak cakap apa pun,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berikutan tersebarnya wajah kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E di laman sosial baru-baru ini, Ruhainies menerusi Insta Story secara sinis memuat naik perbualan bersama peminat yang menghormati pendiriannya untuk tidak berkongsi wajah kekasih.
Dia turut mengucapkan penghargaan di atas tindakan individu tersebut.
“Terima kasih kerana memahami. Saya suka orang seperti awak. Tahu menghormati privasi orang lain. Semoga awak pun gembira dengan hidup,” balasnya.
Baru-baru ini, foto Mr E atau lebih dikenali sebagai Elf Johan yang difahamkan diambil daripada sebuah majlis tersebar di laman sosial.
Elf merupakan seorang ahli perniagaan yang kini menetap di London dan mempunyai rangkaian perniagaan butik di sana.
Foto : Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Watak Lisa yang dibawa Janna Nick menerusi drama rantaian, Cari Aku Di Syurga nyata mengundang pelbagai rasa di kalangan pencinta drama tempatan.
Rata-ratanya memuji keberkesanan lakonan bintang berkenaan yang setakat ini tidak senang dengan kehidupannya yang serba kekurangan di samping suami, Anas lakonan Aeril Zafriel.
Menerusi entri terkininya, Janna ada berkongsi sekeping foto bersama sebilah pisau dengan kapsyen;
“yerrr kenapa? ada yang tak puas hati???,” tulisnya.
Lalu, laman Instagram Janna turut dihujani dengan komen pelbagai. Malah, ada peminat yang menempelak Lisa gara-gara sikap acuh tak acuhnya pada anak yang baru dilahirkan.
Janna dilihat turut meninggalkan reaksi terhadap beberapa komen yang diberikan.
Cari Aku Di Syurga bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 di TV3 menerusi Slot Samarinda. Selain Janna dan Aeril, ia turut didukung beberapa pelakon popular lainnya seperti Mimi Lana, Maria Farida, Dalimawati dan ramai lagi.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini ada berkongsi momen seterusnya mengimbau kenangan menerusi foto anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna Mohamad Aidil Zafuan ketika masih kecil.
Difahamkan, ia bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak keduanya itu yang ke 10.
Dalam pada itu, bintang filem Mami Jarum Junior ini turut mendoakan agar anak lelaki keduanya itu menjadi seorang anak soleh dan taat kepada agama.
“Tepat jam 1.26 tghari harini 29/4/2011. Mommy lahirkan seorg bayi comell putih melepak mcm mommy dia n muka yg ke2 ni ALLAH bg pulak follow muka mommy..adil kan?
“Xde apa yg mommy harapkan, setiap hari,setiap tahun mommy brdoa supaya AIRIT QAQA ARJUNA BIN MOHAMAD AIDIL ZAFUAN di beri kesihatan yg baik,di kurniakan akhlak yg baik,bijak dlm ALQURAN, pelajaran dan hidup,jd seorg muslim yg taat pd perintah NYA.
“Selamat hari lahir anakku @airitqaqa727 #birthdayboy,” tulisnya.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 12 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 10 tahun.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Janna Nick menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan konten ‘double meaning’ atau berbaur lucah bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann, baru-baru ini.