“Mimi Ernida dan Reen Rahim ni kembar ke? Atau adik beradik?”

Demikian antara reaksi peminat yang terkeliru dengan penampilan dua pelakon cantik, Mimi Ernida dan Reen Rahim yang mirip di antara satu sama lain.

Sudah Kalis Wajah Dikatakan Sama

Sering menghadapi situasi sebegitu, dua aktres berkenaan sudah lali dengan ‘kekeliruan’ yang berlaku. Malah ada juga yang menganggap mereka berdua mempunyai pertalian kekeluargaan.

Malah perkongsian foto terbaharu Mimi dan Reen di laman sosial Instagram dan TikTok masing-masing beberapa hari lalu turut meraih perhatian.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah menerima hampir 17,000 tanda suka di Instagram selain turut ditonton lebih setengah juta kali menerusi TikTok.

Asyik Tertukar Macam Kembar! Mana Satu Reen Rahim & Mimi Ernida? – “Ramai Sangat Keliru Kami Berdua.” Asyik Tertukar Macam Kembar! Mana Satu Reen Rahim & Mimi Ernida? – “Ramai Sangat Keliru Kami Berdua.” Asyik Tertukar Macam Kembar! Mana Satu Reen Rahim & Mimi Ernida? – “Ramai Sangat Keliru Kami Berdua.”

“Ramai sangat yang keliru antara kami berdua. Kalau saya buat siaran langsung di TikTok dan mula memanggil nama saya dengan nama Reen Rahim.

Ads

“Begitu juga komen di video-video saya, orang komen nama Reen. Pernah juga di luar, peminat menegur saya dengan nama Reen dan mahu mengambil foto bersama saya,” kata Mimi.

Menjalinkan hubungan baik, dua bintang ini saling berkenalan sejak sembilan tahun lalu meski tidak pernah bergandingan dalam mana-mana karya seni bersama setakat ini.

“Kali pertama kami berjumpa 2016. Sampai sekarang kami baik. Walaupun jarang jumpa dan tidak pernah berlakon dalam satu naskhah yang sama, saya tahu Reen ialah kawan yang selalu ada untuk saya.

“Jika berjumpa tu, ada macam-macam cerita yang kami kongsikan,” kata Mimi sambil diakui Reen.

Jelas Reen, biarpun orang ramai sering tersilap, mereka berdua bagaimana pun tetap mempunyai sisi perbezaan yang ketara.

Ads

“Ramai peminat keliru antara saya dah Mimi. Tapi sebenarnya, kami berbeza. Mungkin ada beberapa bahagian wajah nampak seiras, tapi tona kulit Mimi lebih cerah berbanding saya.

“Mimi lebih manis, sedangkan saya pahit,” seloroh Reen sambil akui dia selesa berkawan dengan Mimi kerana boleh berkongsi pelbagai cerita.

Reen turut berkongsi keperibadian baik rakan artisnya itu.

“Sejak saling berkenalan, kami memang ngam. Kami tak selalu berjumpa tapi apabila kami bertemu, memang kami sering berkongsi perkembangan seperti teman baik.

“Kami bercerita hal kehidupan, kerjaya, bisnes dan banyak lagi. Saya boleh katakan Mimi memang kawan yang baik,” katanya lagi.

Ads

Ada Projek Istimewa

Mimi dan Reen juga kini sedang merancang kolaborasi istimewa kempen She Rise yang menggabungkan mereka berdua.

Kempen yang bakal dilancarkan pada 31 Januari ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita kepentingan menjaga kesihatan dalam dan luaran, selain peluang menjana pendapatan.

Kempen She Rise bakal menggabungkan jenama CYoung Glowing, produk kecantikan pelbagai manfaat oleh Mimi dan Qu’ Yus Premium Coffee, produk organik untuk membantu mengawal selera makan yang diusahakan oleh Reen.

“Insya-Allah, kami bakal muncul dengan kolaborasi istimewa yang bermatlamat untuk menzahirkan versi terbaik diri secara dalaman dan luaran.

“Memandangkan kami berdua kini sedang berjinak dalam bidang bisnes, kami mahu membantu wanita di luar sana menjana pendapatan.

“Kami mungkin dua individu berbeza, tapi hasrat dan misi kami sama. Mahu membantu ramai orang di luar sana, terutamanya wanita. Nantikan pengumuman istimewa kami di platform media sosial masing-masing Insya-Allah,” akhiri Mimi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI