Alahai tak sampai hati pula melihatkan sekeping gambar yang tersebar di laman media sosial ketika ini, iaitu gambar yang menunjukkan seekor lembu korban sedang memeluk tuannya.
Gambar ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Zaidi bin Desa yang menyatakan di ruangan kapsyen bahawa lembu ini merupakan binatang kesayangan ibu mertuanya.
“lembu korban…. mak mentua aku syg gila kat dia sampai peluk2…. mcm mana la aku nak semelih…. tapi nk korban mesti benda yg kita syg…. mcm kisah nabi ibrahim dengan anaknya nabi ismail… qabil dan habil bersama persembahan korban mereka,” tulis Zaidi.
Kita yang melihat pun dapat merasakan betapa sayangnya lembu tersebut kepada tuannya. Namun begitu hanya tuannya sahaja yang mengetahui apa yang dirasai oleh hatinya ketika itu.
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan perasaan yang turut sedih setelah melihat gambar tersebut.
Muhammad Amzar: Depa kata klu nak sembelih hat sayang ni cukup mudah…tringat lembu arwah tokwan dulu ..mcm tau dia nak di jadikan korban.. mudah sunggub sembelih.. dia mai dok kat perdu pokok n duduk siap…
Shahrulnizam Che Hasan: Mmg hebat kasih sayang antara mereka
Natasha Samad: Allahuakbar kesiannya bela lah sampai tua lembu tu. Carilah lembu lain sebagai ganti. ????
Pemilik akaun Facebook ini juga ada berkongsi video bagaimana lembu tersebut memeluk ibu mertuanya.
Posted by Mohd Zaidi Bin Desa on Thursday, 3 August 2017
Daripada kisah yang kita saksikan ini, mungkin ianya boleh meluaskan pemikiran kita bahawa kasih sayang itu bukan hanyalah semata-mata kepada sesama manusia namun kasih sayang ini perlu wujud pada semua benda.
Sumber: Facebook Mohd Zaidi bin Desa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Haram Diingatnya Ulang Tahun Kita Yang Ke-17,” – Sharifah Shahirah Pasrah Suami Tak Ingat, Netizen Pun Kongsi Pengalaman
Pelakon dan pengacara senior, Sharifah Shahirah atau sinonim dengan sapaan Shiera Ijoy ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Shiera telah berkongsi foto suaminya, Ijoy Azahari di samping menceritakan kisah ulangtahun perkahwinan pasangan ini.
Difahamkan, pasangan ini menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-17 tahun.
“Haram di ingatnya annibersary kita yg ke 17. 28.2.03 Memang begitula 80% lelaki memang tak ingat
“Kalau ingat orang pompuan jugaklaa yg udate kat ig ….doa macam2… Lelaki dia main dalaman…
“allah je yang tau kan Yang..aku sendiri pun tak tau..yang tau dia ckp dia main golf je… Pahammmmm Orang pompuan jugaklaa nak beriya sambut
“Kita pun dah malas..sbb dah 17… Dah kebas namnya…sengal2 tulang..mata pun dah kabur
“Siapa suami yang selalu tak ingat dan tak kisah Angkat tangan?
“Kita pun dah tak kisah …janji ada sebelah..tapi sebelah mana entah…hahaha…dah tak cari dah…
“Yang best ummi kita yg ingat dan kawan kita nama dia @sheronny sbb anniversary sama
“Balik tidur….siang pun tak tau dia buat apa…. Sbb bini dia tengok Korea..wasalam @ejoyazari,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi dan ada yang turut berkongsikan pengalaman sendiri.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tipulah Kalau Saya Tak Rasa Sakit, Tapi…,” – Elyana Syukur Digantikan Rasa Bahagia Dalam Jiwa, ‘Update’ Rawatan Yang Diterima
Penyanyi Elyana mengucapkan terima kasih buat semua yang tidak putus mendoakan kesembuhan dan menitipkan ucapan yang baik-baik buatnya.
Jelas Elyana meski sedang berdepan ujian penyakit, namun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dikurniakan kebahagiaan di dalam diri.
“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan beri kata-kata semangat buat saya terus tersenyum.
“Tipulah kalau saya tak rasa sakit.. tapi saya tetap bersyukur kerana Allah SWT beri saya sakit dan gantikan kebahagian dalam jiwa saya.
“Semoga semangat ini terus memberi manfaat untuk mereka yang sedang sakit. Its ok… fake it untill you make it! Hadapi Dengan Senyuman,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Sementara itu menerusi plaform sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Niat dan Ironi itu turut berkongsi rawatan terkini yang diterimanya.
“Alhamdulillah… Selesai chemo yang ke 3. Hari ni result darah saya. Darah putih rendah 2.0.
“Jadi kena cucuk pulak energy bososter kat perut. Apa apa pun..keep fighting ok!,” tulis Elyana.
Sejak 10 tahun lalu, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat dan pertama kali dia mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu sejurus konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lidah Ini Tidak Pernah Serik Menyebut Nama Kamu,” – Isa Khan Sentiasa Doa Agar Risteena Jadi Miliknya Yang Sah
Sudah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu, Isa Khan dan Nur Risteena Munim dilihat semakin bahagia bersama.
Sering berkongsi foto di media sosial, Isa baru-baru ini ada meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang wanita yang sentiasa memahami dirinya.
“Jatuh cinta itu tidak mudah. Jika saat permulaan cinta itu penuh dengan ujian dan dugaan, pasti di akhirnya ada kemanisan yang menanti.
“Selama ini aku menanti dengan penuh harapan agar setiap doa yang aku minta kepada Allah Swt dimakbulkan dan jadi kenyataan.
“Lidah ini tidak pernah serik menyebut nama kamu di dalam setiap doa aku agar suatu hari nanti kamu menjadi milik aku,” tulisnya.
Isa,27, juga tidak dapat menyembunyikan perasaan cintanya terhadap Risteena yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Tidak pernah sedikit pun perasaan cinta ini hilang di dalam hati aku. Adakah ini erti cinta sebenar?
“Kita merancang dan Allah Swt yang menentukan segalanya. Tidak perlu khuatir, yakin dan percayalah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih, Cinta,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
Video tersebut memaparkan Risteena manis berhijab, manaka Isa segak bersuit hitam mengabadikan memori bersama.
Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Dalam perkembangan lain, kedua-duanya sedang giat menjalankan produk kecantikan hasil usaha sama.
View this post on InstagramKenapa comey sangattt niii??? 🤪
A post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
Foto : Instagram Isa Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI