Wah nampaknya lagu KPop bukan sahaja digemari oleh anak-anak muda tapi turut diminati juga oleh mereka yang sudah berumur.

Di laman media sosial sekarang ini sudah tular sebuah video yang merakamkan seorang mak cik sedang menyanyikan lagu KPop dengan lancar semasa sedang memandu.

Bukan mudah ye untuk menghafal lagu yang dinyanyikan bukan dalam bahasa yang sering kita tuturkan namun nyanyian lancar daripada mak cik ini telah mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan memuji nyanyian mak cik ini.

Sofie Zul: hahahaha class mak dia �

IKLAN

Mohamad Azhar: Aku support kau kak, sbb aku pn suka kpop gak.. Keh3.. Skrg layan drama Sweet Enemy.. Perggghhh melelehhh.. �

Emma Nur: Cayaaalaaa makcik.terbaik�� walaupun nyanyi ade dengung jawa sket..heeee�

IKLAN

Nurul Farhana Roslan: Perghh…hebat laa..lagi2 part rap 2…haha..ape tajuk lagu nie?

Alia Athirah: Haaa makcik the best lah. Ni lagu kumpulan SECHKIES, idol yang average umur hampir 40 tahun. Wah, makcik layan dari dorang debut ke? Hehe bagus acik ~~

IKLAN

Memang tidak dapat dinafikan, kami di MH Online juga amat teruja menyaksikan rakaman nyanyian mak cik ini. Sungguh lancar nyanyiannya walaupun tidak memahami setiap patah perkataan yang disebut olehnya.

Jom kita layan video mak cik nyanyi lagu KPop ini.

Sumber: Facebook Rizal Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI