![peramugari nyanyi](https://cdn.mediahiburan.my/2017/08/peramugari-nyanyi-696x522.jpg)
Bosan, itulah perasaan yang kita hadapi apabila penerbangan yang kita naiki terpaksa ditunda sementara akibat daripada beberapa masalah yang mungkin berpunca daripada cuaca kurang baik dan sebagainya.
Baru-baru ini, terdapat sebuah video daripada seorang penumpang penerbangan daripada Hong Kong ke Bangkok telah berkongsi suasana di dalam kapal terbang di mana seorang pramugari telah menghiburkan kesemua penumpang dengan nyanyiannya.
Pramugari tersebut telah menyanyikan dua lagu, satu lagu berbahasa inggeris bertajuk I’m Yours daripada penyanyi Jason Mraz dan satu lagi lagu berbahasa Thai.
Tindakan pramugari itu untuk menghiburkan penumpang yang sedang bosan menunggu untuk kapal terbang berlepas telah mendapat sorakan dan tepukan yang sangat kuat daripada penumpang dalam pesawat tersebut.
Tidak dapat dinafikan suara yang dimiliki oleh pramugari ini sangat sedap untuk didengar jadi tidak hairanlah jika dia mendapat tepukan dan sorakan daripada penumpang pesawat itu.
Suara yang sedap dan rupa yang cantik membuatkan lagi orang yang menonton video ini juga terhibur mendengar nyanyiannya.
Jom kita dengar pramugari ini menyanyi.
Sikap yang dimilik oleh pramugari ini harus dipuji dan dijadikan contoh kerana dia berusaha untuk membuat penumpang gembira dan seronok walaupun terpaksa menunggu untuk pesawat berlepas.
Sumber: Remaja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan…,” – Siti Nordiana Perjelas Persembahan Di Semi Final Muzik-Muzik
![“Saya Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan…,” – Siti Nordiana Perjelas Persembahan Di Semi Final Muzik-Muzik](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/11/48EAAB5C-A591-48D0-A9CE-02B4602A1CCF.jpeg)
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui dia tidak rasa penat atau ‘terseksa’ apabila menyampaikan dua buah lagu di saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang pertama, Jumaat lalu.
Malah, bintang ini mengakui mendapat rehat serta tidur yang cukup untuk membuat persembahan menerusi dua buah lagu, Hatiku Milikmu dan Satukan (duet bersama Khai Bahar) pada persembahan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu.
“Saya dapatkan tidur yang cukup dan ada melakukan beberapa latihan. Biasanya sebelum buat persembahan pada waktu malam, saya akan menyanyi di rumah atau dalam kereta untuk biasakan diri.
“Tidaklah rasa tak selesa. Okay sahaja, enjoy je. Bila dengar balik dan maklum balas yang diterima pun okay. Saya tidaklah nak kata saya sudah puas hati, saya rasa masih boleh lakukan yang lebih baik.
“Cuma untuk malam ini saya rasa, tiada masalah atau ada isu penat dan sebagainya. Rasanya saya sudah bersedia untuk dua persembahan di semi final ini,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata demikian sebagai mengulas reaksi sesetengah pihak yang membayangkan persembahannya pada malam berkenaan tidak berapa meyakinkan.
Malah, ada yang menyifatkan nyanyiannya pada malam itu juga kurang merdu seperti kebiasaannya gara-gara turut beri fokus dengan komitmen lain.
“Kalau nak diikutkan mengenai pembahagian masa dengan nyanyian serta lakonan, kadang-kadang kita tiada piihan. Kena lakukan sahaja yang sudah dijanjikan.
“Amanah yang diberikan saya cuba buat sehabis baik, sama ada dalam lakonan atau nyanyian. Saya tiada pilihan memang kena harung walau kalau nak diikutkan setiap hari kerja memang penat. Sementara ada permintaan tu, kita cubalah berikan masa,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Satukan Rasa yang masih lagi berbaki.
Satukan Rasa yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD turut menampilkan Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren dan ramai lagi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“2019 Tahun Ujian, Allah Saja Yang Tahu,” – Miss You Johan Nawawi, Ucap Nora Ariffin
![“2019 Tahun Ujian, Allah Saja Yang Tahu,” – Miss You Johan Nawawi, Ucap Nora Ariffin](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/06/799dde2e-5389-4bb6-a9db-04dfe7b32920-03_20_177639.png)
Penyanyi, Nora Ariffin ada menitipkan dedikasiknya bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa hari lagi.
Ujar penyanyi lagu Hanya Satu itu menerusi Instgaram, tahun ini merupakan tahun ujian baginya.
Malah, persiapan Syawal tahun ini hanya difokuskan terhadap anak-anak.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
“Selamat Hari Raya buat semua sahabat2 & followers. Sambutlah dgn penuh kesyukuran, kesederhanaan & kesedaran.
“Untuk saya. Tahun ni….2019….tahun ujian.
Allah saja yg tahu. Raya kali ini hanyalah utk anak2 samata- mata.
Sebagai ibu. Saya hanya ingin melihat mereka senyum, ketawa & bergembira sebagaimana masa ada arwah dulu,” tulisnya.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan apa yang berlaku ada takdir dari Yang Maha Esa.
“Walaupun keadaan tak akan sama seperti dulu lagi. Tak mungkin akan sama..
Namun inilah takdir Allah utk kami.
Kami REDHA Ya Allah. Kau lebih mengetahui apa yg terbaik utk kami.
“Terima kasih buat semua yg telah byk membantu kami. Maaf zahir batin ikhlas dari saya Nora Ariffin, Miss you Johan Nawawi,” kongsi Nora panjang lebar.
Terdahulu, Allahyarham Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer terkenal meninggal dunia pada 24 Mac 2017, dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun.
Foto: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Makan Sebab Review, I Penggemar Manggis,” – Niat Bantu Peniaga Durian Disalah Erti, Azza Elite Beri Reaksi Balas!
![“I Makan Sebab Review, I Penggemar Manggis,” – Niat Bantu Peniaga Durian Disalah Erti, Azza Elite Beri Reaksi Balas!](https://cdn.mediahiburan.my/2021/07/502A577F-C124-4AD9-B15F-5DA4498D3E3B-scaled.jpeg)
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite mengakui berasa amat kecewa apabila niatnya untuk membantu para peniaga tempatan telah disalah erti oleh segelintir pihak.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Azza memaklumkan terdapat beberapa individu yang dilihat kurang senang serta menganggapnya tidak sensitif dengan keadaan semasa gara-gara tindakan yang mempromosikan iklan durian.
“Kita tolong orang je pun salah. Dia ingat makan durian suka-suka. Cuba fikir yang baik-baik pasal oranh lain.
“Mungkin baru follow kita. Sebab tengok dekat ig dia follow back. Dalam musim begini buat food rebiew dengan harapan dapat bantu peniaga,” tulisnya.
Anggota kumpulan Elite itu turut menambah, dia sebenarnya memang berniat ikhlas untuk membantu peniaga tersebut dan bukanlan ingin menunjuk-nunjuk seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
Katanya lagi, dia juga tidak perlu menunggu sesi review untuk menikmati buah durian kerana menyifatkan keluarganya juga memiliki kebun durian mereka sendiri.
“Ni nak bagitahu, kalau i nak makan durian tak payah tunggu rebiew pun boleh
sebab kampung I sendiri dikenali durian paling femes di Malaysia.
“Tok Wan I ada kebun durian seluruh family I ada. I pun adalah sebab mak I punya dan for your information i hanya makan durian sebab review .
“Sebab makan adalah nak bantu adik adik belia kita yang rajin berniaga ..lillahitaala. Adik-adik tu rajin tapi kalau i nak makan, sekampung i boleh anta kat kl. Seluruh BATU KURAU boleh anta kita makn sebab niat nk bantu adik-adik tu ..
“Cik, baik tolong orang dari cari salah orang. Dari I, penggemar manggis,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memasihati Azza supaya bersabar dan tidak mengindahkan komen-komen negatif tersebut.
“Mungkin dia tengah marah. Sebab tu semua nak marah.
“Dia punya tekak tak boleh samakan dengan orang lain. Kalau dia tak nak makan, duduk diam-diam sudah.
“Biasalah tu. Kadang-kadang kita buat baik pun orang salah menilai. Orang bukan nampak apa niat kita. Tak mengapa. Janji Allah SWT tahu niat kita tu apa. Ignore je negative vibes. Semoga niat baik akak dibalas oleh Allah,” antara reaksi-reaksi netizen dilaman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Azza Elite
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI