Pemain drum kumpulan Sofazr, Wan Shah Baharom Niktah atau lebih sinonim dipanggil One memaklumkan, isterinya, Ainul Shariza Muhtar telah selamat bersalin bayi lelaki kira-kira jam 7.31 petang tadi.
Perkhabarkan tersebut dikongikan pemuzik itu menerusi Instagram miliknya awal malam tadi.
Ads
Bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan secara normal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah syukur alhamdulillah.. isteri saya selamat melahirkan (secara normal) seorang bayi lelaki seberat 2.74kg pada jam 7:31pm tadi.
“Terima kasih pada yang mendoakan mereka tadi. Selamat datang Wan Shah Hazard… ok nama tu tipu.. belum ada bagi lagi nama dia hehehehe.. #ainonelegacy,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah diatas kurnian rezeki zuriat buat pasangan berkenaan.
Foto: Instagram One Sofazr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, penyanyi Bella Astillah ada menitip ucapan khas buat ibunya, Zarinah.
Perkara itu dikongsikan bekas isteri Aliff Aziz itu menerusi Instagram berserta foto yang dirakam berdua bersama si ibu.
“Today is your birthday mama.
10th June, Alhamdulillah.
“You’re truly an amazing mom! yang terlalu sayanggg kak long. Mama sama2 menjaga kak long dari kecil sampai lah sekarang kak long sudah ada Ayden pun bha masih sama.
“Keikhlasan mama sebagai seorang ibu dan juga nenek buat cucu mama mashaallah selamanya kak long rasa bersyukur dilahirkan di dunia ini kerana mempunyai seorang ibu yang baik dan memahami mcm mama.
“Mama sentiasa mengalah untuk kebahagiaan orang lain. Mama sentiasa nasihat kak long dan menunjukkan contoh yang baik.
“Kak long akan jaga mama ayah dan takkan kecewakan mama dan ayah. Mama ayah ayden dan adik2 kak long adalah orang yang paling penting dalam hidup kak long,” kongsi Bella.
Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan ibunya sebagai insan yang paling disayanyi selain seorang sahabat sejati.
“Semoga mama panjang umur dan murah rezeki amiin yra. Mama adalah wanita yang cukup kak long sayang.
“You’re my mom, my best friend and my everything!,” tulisnya panjang lebar.
Usahawan sensasi, Nur Sajat gembira menjelang hari konvokesyennya, 1 Julai depan.
Katanya kepada MH, dia gembira apabila cita-citanya untuk menggenggam segulung diploma akhirnya menjadi kenyataan.
Terdahulu, penyanyi Bobo di Mana ini mengambil kursus pendek dalam bidang dandanan rambut di sebuah kolej secara persendirian di Beirut, sebagai salah satu usahanya untuk memantapkan perniagaan salon rambut yang dijalankan.
“Alhamdulillah saya akan konvo di Beirut, saya ambil kursus pendek selama sebulan lebih. Saya akan konvo 1 Julai ini. Saya rasa sangat gembira kerana akhirnya dapat segulung diploma meski dah berusia 34 tahun.
“Saya dapat diploma dalam dandanan rambut tau. Jadi siapa nak buat rambut tu jangan risau jangan takut. Saya ada kepakaran, buat saja dengan kita,” seloroh Sajat.
Ditanya mengenai apakah yang menarik minatnya untuk meneruskan pengajian di negara orang dalam tempoh yang agak lama, Sajat ada jawapannya sendiri.
“Kita dalam bisnes, pemilik syarikat itu sendiri kenalah belajar. Tidak boleh harapkan pekerja semata-mata. Kalaulah dibuatnya pekerja lari ke apa, nanti ketua pula yang terkapai-kapai.
“Pada masa sama, saya sendiri memang ada niat untuk belajar dengan lebih serius kerana saya sendiri seorang yang gemarkan kecantikan, termasuklah pada rambut. Malah, ia suatu pengetahuan yang baik juga.
“Bukan saja dari segi stailing, tetapi juga dalam aspek penjagaan rambut,” katanya yang turut memberitahu, dia mahu berehat dari melancarkan sebarang lagu baru bagi memberi fokus terhadap perniagaan.
Selepas pelbagai spekulasi yang mengaitkan dirinya apabila dikatakan berselisih faham dengan teman baik, Datin Seri Umie Aida sejak beberapa hari lalu, Erra Fazira telah tampil memohon maaf, sekali gus berharap isu antara mereka selesai.
Pelakon berusia 45 tahun itu membuat permohonan maaf menerusi Instagram, tengah hari tadi.
Selain mengakui khilaf, penyanyi Jendela Hati itu pada masa sama turut memohon perbalahan antara mereka tidak lagi berpanjangan.
Posting tersebut telah pun disekat akses untuk meninggalkan komen. Bagaimanapun menerusi posting terkininya, bintang terkenal itu ada berkongsi sebab dia berbuat demikian.
“Maaf ya semua, post saya buat masa ini, ruangan comment saya off dulu untuk mencari ruang bertenang bagi mengelakkan perbincangan yg mengundang perbalahan.
“Maaf ya.. terima kasih,” tulis Erra pada entri promo drama Gerak Khas yang bakal bersiaran malam ini jam 8.30 malam di TV2.
Sebelum ini, ‘perang dingin’ antara dua nama terkenal dunia lakonan itu tercetus apabila Umie ada memuat naik luahan hatinya apabila mendakwa, dikhianati sahabat baik.
Meskipun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, pelbagai pihak membuat telahan sendiri, membayangkan ia ditujukan buat Erra.
Hal tersebut diperkuatkan lagi apabila masing-masing tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama peminat berteka-teki, Astro akhirnya memperkenalkan barisan bintang yang bakal bersaing dalam program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13).