“Akhirnya…Meski Dah Berusia 34 Tahun,” – Sajat Tamat Belajar, Terbang Ke Lubnan Semalam Hadiri Majlis Konvo

Usahawan sensasi, Nur Sajat gembira menjelang hari konvokesyennya, 1 Julai depan.

Katanya kepada MH, dia gembira apabila cita-citanya untuk menggenggam segulung diploma akhirnya menjadi kenyataan.

Terdahulu, penyanyi Bobo di Mana ini mengambil kursus pendek dalam bidang dandanan rambut di sebuah kolej secara persendirian di Beirut, sebagai salah satu usahanya untuk memantapkan perniagaan salon rambut yang dijalankan.

“Alhamdulillah saya akan konvo di Beirut, saya ambil kursus pendek selama sebulan lebih. Saya akan konvo 1 Julai ini. Saya rasa sangat gembira kerana akhirnya dapat segulung diploma meski dah berusia 34 tahun.

IKLAN

“Saya dapat diploma dalam dandanan rambut tau. Jadi siapa nak buat rambut tu jangan risau jangan takut. Saya ada kepakaran, buat saja dengan kita,” seloroh Sajat.

Ditanya mengenai apakah yang menarik minatnya untuk meneruskan pengajian di negara orang dalam tempoh yang agak lama, Sajat ada jawapannya sendiri.

“Kita dalam bisnes, pemilik syarikat itu sendiri kenalah belajar. Tidak boleh harapkan pekerja semata-mata. Kalaulah dibuatnya pekerja lari ke apa, nanti ketua pula yang terkapai-kapai.

IKLAN

“Pada masa sama, saya sendiri memang ada niat untuk belajar dengan lebih serius kerana saya sendiri seorang yang gemarkan kecantikan, termasuklah pada rambut. Malah, ia suatu pengetahuan yang baik juga.

“Bukan saja dari segi stailing, tetapi juga dalam aspek penjagaan rambut,” katanya yang turut memberitahu, dia mahu berehat dari melancarkan sebarang lagu baru bagi memberi fokus terhadap perniagaan.

View this post on Instagram

Begitu… #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on