Jika dahulunya, kisah percintaan antara pelakon A-list Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menjadi perhatian peminat di seluruh dunia, namun kini tidak lagi.

Semalam, industri hiburan Korea Selatan telah digemparkan dengan satu perkhabaran kurang enak apabila Song Joong Ki telah mengumumkan untuk berpisah dengan isterinya itu.

Memetik laporan Astro Awani, Song Joong Ki telah pun memberikan kenyataan kepada peminatnya menerusi peguam dan mengharapkan perceraian ini akan berjalan dengan baik.

“Saya telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo. Daripada kita mencari salah antara satu sama lain, saya hanya berharap proses penceraian dapat berjalan dengan baik,” katanya melalui kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Descendants of The Sun’ itu turut memohon maaf kepada seluruh peminat yang telah menyokong perjalanan karier seninya selama ini.

IKLAN

Bagimanapun, buat  masa kini Song Hye Kyo masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini.

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat turut kecewa dengan kisah penceraian ini.

Malah, tanda pagar #SongSongCouple turut trending dilaman tersebut.

IKLAN

IKLAN

Song Joong Ki dilaporkan secara rasmi telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu (26 Jun).

Terdahulu, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah pun melansungkan perkahwinan mereka pada tanggal 31 Oktober 2017.

Sumber: Astro Awani, Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI