Selepas pelbagai spekulasi yang mengaitkan dirinya apabila dikatakan berselisih faham dengan teman baik, Datin Seri Umie Aida sejak beberapa hari lalu, Erra Fazira telah tampil memohon maaf, sekali gus berharap isu antara mereka selesai.
Pelakon berusia 45 tahun itu membuat permohonan maaf menerusi Instagram, tengah hari tadi.
Selain mengakui khilaf, penyanyi Jendela Hati itu pada masa sama turut memohon perbalahan antara mereka tidak lagi berpanjangan.
Posting tersebut telah pun disekat akses untuk meninggalkan komen. Bagaimanapun menerusi posting terkininya, bintang terkenal itu ada berkongsi sebab dia berbuat demikian.
Ads
“Maaf ya semua, post saya buat masa ini, ruangan comment saya off dulu untuk mencari ruang bertenang bagi mengelakkan perbincangan yg mengundang perbalahan.
“Maaf ya.. terima kasih,” tulis Erra pada entri promo drama Gerak Khas yang bakal bersiaran malam ini jam 8.30 malam di TV2.
Sebelum ini, ‘perang dingin’ antara dua nama terkenal dunia lakonan itu tercetus apabila Umie ada memuat naik luahan hatinya apabila mendakwa, dikhianati sahabat baik.
Ads
Meskipun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, pelbagai pihak membuat telahan sendiri, membayangkan ia ditujukan buat Erra.
Hari ini merupakan Ramadan terakhir bagi umat Islam.
Oleh itu, ramai yang pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri bermula esok hari.
Perkara itu turut dirasai Memey Suhaiza sekeluarga apabila mereka seronok pulang ke kampung halaman.
“Alhamdulillah dah selamat sampai pun..Perjalanan lancar..syukur…eh. skjp je plk dah sampai… sebab??Tak rasa.. sbb sy tertidur. tau2 dah masuk kuantan..
“So yg nak masuk kuantan tu je yg sy sedar n record vid haha..Sorry suami cyg. Terima kasih sbb memandu dgn selamat…
“Pda yg dalam perjalanan n baru plan nak gerak esok…Hati2 memandu..Semoga selamat sampai ke destinasi…Kita org family team raya kuantan dulu…Ramai tak yg raya kat kuantan?,” tulisnya.
Berlatarbelakangkan lagu Balik Kampung nyanyian Allayarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Memey telah merakam momen indah sebelum memulakan perjalanan ke Kuantan,Pahang.
Malah, setibanya mereka di desa permai, Memey sempat merakam suasana anak-anak bermain bunga api dengan riangnya.
Video : IG Memey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kongsi ibu kepada dua cahaya mata itu, dia telah menerima ‘direct message’ yang mahu berkenalan dengannya.
Malah, Khiriah juga telah menutup ruangan akses komen pada posting tersebut.
Khiriah telah mendirikan rumah tangga bersama Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
Pemergian permata seni, Datuk A. Rahman Hassan cukup terkesan di hati.
Terbaru, isteri kepada Khir Rahman, Siti Jasmina Ibrahim menitipkan kisah yang cukup menarik untuk pedoman bersama.
Siti Jasmina merupakan menanti kepada bintang legenda itu.
Tulisnya, Allahyarham dikurniakan tiga putera sebagai tiang seri hidup disifatkan sebagai satu kelebihan yang mengiringi perjalanan akhir ke alam barzakh.
Biarpun kehilangan anak kedua, Amie Rahman tiga tahun lalu, namun sudah tertulis rezeki, persiapan menuju Allah dipermudahkan oleh dua anak dan cucu.
“Rezeki abah mempunyai 3 orang putera. Amanat khalifah. Mereka tiang seri hidupnya.
“3 tahun lalu Allah uji abah dengan mengambil tiang tengah hidupnya (anak keduanya) Khairulilmi (Amie Rahman).. menguji kami juga untuk redha..tinggal 2 semangat abah ini yang ada sehingga mengiringinya ke pusara.
“Abah pesan putihlah pakaian umat Islam jika menziarahi kematian saudara Islam. Suci , murni sebagaimana agama Islam itu sendiri.. ya kami akan ingat sentiasa, abah.
“Rezeki abah, mereka bersama Ma dan cucu pertama abah Najmi Ammar memandikan…. anak sulungnya Khir Rahman mengimamkan 2 kali dari 3 kali solat jenazah buatnya dan yang bongsu Az Rahman yang awal turun menyambut abah untuk disemadikan di dalam ruang beradunya,” tulis Jasmina.
Bintang baharu yang semakin mencuri perhatian, Dania Iza kini bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan tempatan.
Dania Iza atau nama sebenarnya, Dania Iza...