Skrg ni, Bonda tak minta semua tu ( tahun dpn tak tahu lagi tau Ayah ).. Bonda minta nak tukar color dinding je. Haaaaa. Perabot semua hat lama, takpe. Sayang,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia sendiri mengakui pada awalnya lebih berminat untuk mengenakan wallpaper. Akan tetapi, mengenangkan ia agak sulit untuk bertukar kepada warna lain selepas ini, dia mereka sepakat menggunakan cat.
“Kita tukar color cat baru, kasi feel baru satu rumah. Bonda suka wallpaper. Tapi risau pula kalau pakai wallpaper, esok lusa nak tukar, bukak wallpaper tu, rosak dinding ke kan. So Bonda decided utk go with cat yang ada special effect.
Ads
Macam ni! Cat dari @seamasterpaint.my .. ada few designs utk special effect cat ni. And pf course, ada pilihan warna lain.
Suka sgt yang ni!
Thank you, @seamasterpaint.my.Raya lebih bermakna tahun ni, Syukur Alhamdulillah #seamasterpaint,” maklum ibu kepada dua cahaya mata ini panjang lebar.
Foto : Instagram Faralyna Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 19 Mei lalu, perginya seorang chef selebriti terkenal, Adam Mahamed Ismail menghadap Ilahi akibat jangkitan paru-paru.
Tidak sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Fatimah Omar Mukhlis yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham antara lapan anak saudara yang rapat dengan arwah ada berkongsi video.
Menggunakan akaun Instagram, thefamily.uk, video tersebut melihatkan kali terakhir arwah mengalunkan takbir raya pada tahun lalu, sambil dipangku Fatimah.
“Last Eid with Mamajee #malamraya Date: 14th June 2018 Time: 10.55pm Location: Manchester,” tulisnya.
Sudah semestinya bila bergema takbir raya di pagi syawal, tidak kira selebriti ataupun netizen tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan solat aidilfitri.
Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Che Ta berkongsi gambar dia bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana ketika ingin menunaikan solat sunat aidilfitri di pagi syawal sambil bertelekung.
Alahai, bukan main manis lagi dua beranak ni bertelekung putih di pagi syawal, kelihatan sangat suci dan murni.
Untuk rekod, Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada 11 Disember 2013.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura ada berkongsi foto lamanya yang dirakam kira-kira 19 tahun lalu apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri kepada lelaki pujaan hati, Alvin Tham Suffian.
Foto tersebut dikongsikan Amy sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat menerusi Instagram Jun lalu, ia bagaimanapun sudah jelas bagi menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi Sha Na Na ini.
“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih ditil, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.
Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.
Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).