Hujung minggu lalu, penyanyi Azharina mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama dipilih mengadakan sidang media seterusnya membuat persembahan dalam penerbangan AirAsia.
Lebih manis dan unik, majlis berlangsung pada ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, Sabtu lalu. Menarik, jom ikuti corat-coret menarik di balik kejayaan penyanyi Cinta Terbagi Dua ini.
Sidang media Concert Azharina : Queen of Soul itu dibuat dalam penerbangan AK 5106, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.
Pengarah Urusan Atlas One Events, Syahrizal Ismail berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dari Malaysia Books of Records sebagai artis tempatan pertama yang berbuat demikian.
Persalinan vest rona lengkap seluar dalam rona merah merupakan ilham pereka Azhar Zainal Design. Azhar juga merupakan salah seorang pereka busananya pada malam konsert nanti.
Sementara solekannya ditatarias oleh Shine Matahari. Katanya kepada MH, memandangkan dia perlu check in sekitar jam 7.45 pagi, dia terpaksa memulakan solekan sejurus solat Subuh.
Sejurus membuat sidang media ringkas, Azharina mempersembahkan dua buah lagu iaitu Elegi Sepi dan What’s Up? nyanyian asal 4 Non Blondes. Untuk lagu kedua, Azharina menggunakan kekuatan vokalnya (menyanyi tanpa pembesar suara) untuk menghiburkan penumpang di tempat duduk tengah dan belakang.
Katanya, pada peringkat awal skuad pengurusannya memberikan empat buah lagu kepada pihak AirAsia dan dua lagu berkenaan telah dipilih untuk dipersembahkan di awan biru.
Apa yang akan dibuat sekiranya penerbangan mengalami kesulitan untuk membuat persembahan akibat kekangan cuaca? Jelasnya, sedari awal dia berdoa supaya segala yang dirancang dipermudahkan dan syukur, impiannya dalam direalisasi.
Azharina percaya, setiap niat yang baik itu akan dipermudahkan, begitu juga dengan gitarisnya pada sesi akustik itu, Korie yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Ella.
Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Azharina memberitahu ia adalah suatu yang normal. Tidak boleh puaskan hati semua orang dan tegasnya lagi, mulut tempata tak boleh ditutup!
Concert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam. Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan bintang asal Sabah itu akan menyampaikan 22 lagu secara solo dan medley, termasuk barisan lagu popularnya serta penyanyi lain.
#MHVideo Sejarah buat artis Malaysia, tahniah Azharina kerana berjaya merealisasi impiannya. Rare weh!
Pelakon versatil, Nabila Huda ada berkongsi foto yang merakamkan aksi kandid suami yang sedang melakukan kerja memasak di dapur.
Menerusi perkongsian berkenaan, pelakon yang juga anak kepada bintang rock legenda, Amy Search itu turut memuat naik kapsyen yang lucu, sementelah melihat gelagat si suami.
“Cari lelaki Yang pandai masak! Kalau tak pandai, suruh Dia belajar. Belajar semua recipes favourite korang!
“Jadi senang, bila lapar, kite order je tak Kira waktu..Terus atas meja , makan dan tidur! Ini antara student Saya Yang baru 3 tahun pandai masak..Alhamdulillah! Hidup bertambah senang adanya kamu..Mintak, Dapat!,” kongsi Nabila.
Lalu, rata-rata peminat turut memberikan reaksi tersendiri terhadap posting berkenaan.
Untuk rekod, Nabila yang mesra disapa Abil ini mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mohd. Shoffi Jikan atau nama pentasnya, Sofi Jikan mengakui terkejut selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah, tahun lalu.
Memetik Kosmo Online, pelakon versatil itu menjelaskan, pada ketika itu pelakon dia berada di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya selepas diminta melakukan ujian air kencing bagi membantu siasatan kes penahanan melibatkan rakan artis, Datuk Farid Kamil.
Terdahulu, pelakon berusia 48 tahun itu ketika prosiding bicara membela diri turut memberitahu mahkamah, dia diserahkan satu botol urin dan diiringi seorang polis ke tandas bagi melakukan ujian berkenaan.
“Selepas selesai, saya menyerahkan semula botol itu kira-kira pukul 10 lebih malam dan menunggu keputusan ujian air kencing.
“Tidak lama kemudian, saya terkejut selepas diberitahu hasil ujian urin itu positif dadah kerana tidak pasti ada mengambil bahan terlarang atau tidak,” katanya ketika menjawab soalan Peguam Datuk Haniff Hassan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.
Pada 13 Februari 2018, dia didakwa kerana menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC 6 Februari 2018.
Sementara pada 13 Mei lalu pula, dia diperintahkan membela diri selepas Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai sebagai keputusan akhir pembelaan.
Sumber/Foto: Kosmo Online/carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).