Pelakon dan usahawan, Fizo Omar memberitahu buat masa ini, dia belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang mengatakan dia dan isterinya Mawar Abdul Karim ada mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga.
“Maaf, saya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej. Saya bukannya lari, tetapi belum bersedia memberikan apa-apa kenyataan, buat masa ini.
“Saya faham kerjaya wartawan, namun ini bukanlah masa yang sesuai mengeluarkan kenyataan. Doa yang baik-baik buat saya dan Mawar,” katanya seperti yang dipetik.
Memetik BH Online lagi, sebelum ini ada sumber mendakwa, isterinya sudah pun menemui peguam, bagi mendapatkan nasihat.
Ads
Terdahulu, teka-teki mengenai konflik rumah tangga pasangan tersebut mulai menjadi perhatian pengguna media sosial apabila keduanya menyambut Aidilfitri secara berasingan.
Aktor berusia 34 tahun itu meraikan Syawal di Kelantan sementara isteri dan anaknya pula sambut lebaran di Pulau Pinang.
Ads
Bagaimanapun, mereka sepatutnya meraikan Aidilfitri di Kota Bharu, Kelantan. Namun, Mawar dan anaknya dikatakan terpaksa pulang ke Pulau Pinang apabila bapa ibu kepada seorang cahaya mata itu jatuh sakit.
Ads
Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2013.
Bagi kaum wanita, sudah semestinya amat mementingkan dan menitik berat soal kecantikan.
Baru-baru ini, penyanyi Azharina Azhar telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu sempat memberi nasihat mengenai soal kecantikan bersama peminatnya.
Azharina menasihatkan agar semua wanita untuk sentiasa berhati-hati dan tidak terlalu ghairah untuk kelihatan cantik sehingga boleh memudaratkan kesihatan.
“Asalamualaikum. Alhamdulilah terima kasih @radiantclinique kerna satu satunya clinic yang dapat membantu dan menyelesaikan masalah kulit Muka nina .. banyak clinic merata nina cuba tapi yang ini so far terbaik buat kulit muka nina ..
“ada yg sampai bengkak bengkak dan benjol dahi di buatnya . Hati hati ya Wanita wanita di luar sana … terkadang kita gairah nak cantik sampai memudaratkan kita sendiri.. biar lambat asal selamat .”tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui tahun ini dia akan meluangkan masa bersama isteri, Awin Nurin untuk bertemu pakar sakit puan sebagai salah satu usaha mereka untuk memiliki cahaya mata.
Katanya kepada MH sebelum ini dia mengambil masa yang agak lama untuk melakukan iniseatif sedemikian kerana kekangan masa.
“Belum periksa jadi saya tidak tahu siapa yang ada masalah, kalaulah ada. Jadi sebab itulah tahun ini kami cuba. Bukan takut dengan keputusan tetapi komitmen masa. Malah ada juga kenalan yang bagi cadangan klinik sakit puan.
“Kiranya usaha kami untuk dapatkan anak sendiri setelah lebih tiga tahun mendirkan rumah tangga. Malah kawan-kawan pun ada tanya dan kebanyakan pun ada juga tanya sudah periksa belum. Jadi tahun ini kena periksa jugalah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Izzue tidak menafikan tahun ini dia sangat berhajat dan berharap untuk mendapat berita gembira, mendapatkan cahaya mata sendiri.
“Kalau nak diikutkan sudah lama, cuma tahun ini saya berharap sangatlah. Kalau sebelum ini asyik sibuk, jadi hujung tahun ni insyaAllah saya ada curi masa untuk kami pergi periksa bagi mengenal pasti apa sebabnya.
“Saya taklah tertekan sebab saya jujurnya seronok sebab sekurang-kurangnya sebelum ini kami dapat jaga anak-anak keluarga yang lain. Ia lebih kepada rasa teruja dan kami minta doa semua orang untuk kami miliki anak sendiri,” pintanya lagi.
“Saya masih lagi promosikan single terbaru, Kau dan pada masa sama saya baru baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk sitkom Kafe Pop Yeh Yeh siaran TV3. InsyaAllah ia bakal ditayangkan Ogos depan.
“Antara pelakon lain yang terlibat ialah Datuk AC Mizal, Oktovia Manrose dan ramai lagi,” akhiri Izzue.
Penyanyi, Azharina mengakui buat masa ini, dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga memandangkan komitmennya kini hanyalah untuk kerjaya seni dan famili.
Malah, secara seloroh juara Gegar Vaganza musim ketiga ini turut mengakui anak-anak pun tidak bercakap mengenai soal ‘bapa baru’.
“Buat masa ini tidak perlu jantan-jantan, fokus saya buat masa ini kepada anak-anak dan cari rezeki yang halal. Mereka pun tak pernah minta, tak mahu bagi saya berkahwin lagi ada. Apa pun, bagi saya jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.
“Jadi saya tak berani untuk cakap lebih. Kadang kita cuba, tapi saya tidak mampu untuk melakukannya,” kata Azharina jujur kepada MH.
Ditanya sama ada dia trauma dengan kisah cerai melibatkan selebriti andai mendirikan rumah tangga sekali lagi, Azharina memberitahu ia adalah takdir sementelah dia sendiri pernah melalui fasa hitam itu.
“Saya sendiri pun pernah bercerai. Saya dah laluinya jadi tidak mahu lagi sakit. Saya terlalu selesa dengan posisi ini selama 10 tahun.
“Sehinggakan pada satu tahap, saya tidak rasa ada keperluan untuk mendirian rumah tangga lagi. Tetapi itu kata kita sebab yang menantukan adalah Dia. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini, saya tidak fikir untuk kahwin lagi,” akuinya.
Azharina mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah serta Redha Azharin Azhar yang masing-masing berusia lima dan dua tahun.
Terdahulu, Azharina ditemui sejurus kejayaannya yang mencipta sejarah sebagai artis pertama negara ini yang bekerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia yang melakukan sidang media dan mempersembahkan dua lagu di dalam kapal terbang pada aras 38,000 kaki dari aras laut.
Sesi tersebut dibuat sebagai salah satu rangka promosi Concert Azharina: Queen of Soul yang bakal berlangsung 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam.