Berkongsi mengenai tiga sambutan hari jadi yang ke-30 yang berbeza selama tiga sesi berturut-turut hingga ia disalah ertikan sesetengah pihak baru-baru ini, pengacara dan ushawan Neelofa mempunyai pandangannya sendiri.

Katanya kepada MH, rasanya dia tidak perlu memberi penjelasan secara terperinci mengenai hal tersebut memandangkan orang yang membuat telahan hanya apabila selepas melihat gambar atau video sahaja.

“Rasanya saya tak perlu nak justify semua kerana mereka yang menilai selepas menonton video atau gambar sahaja. Tetapi apa yang berlaku pada sesi tersebut hanya saya dan jemputan sahaja yang tahu.

IKLAN

“Yang penting niat kami adalah untuk meraikan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Yang penting sekali saya rasa gembira dan disayangi,” jelasnya jujur.

Pada masa sama, bintang asal Kelantan itu turut memberitahu sambutan hari jadi yang diterima merupakan hadiah dari insan rapat yang selama ini menyokong dan menghargai pencapaiannya selama ini.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Lofa baru sahaja terbang ke Dubai bagi menjayakan kempen khas sempena Ramadan dan Aidilfitri bersama jenama Swarovski.

IKLAN

“Ia merupakan projek pertama seumpamanya khusus bagi pasaran muslimah.

“Kemudian saya akan ke London untuk menghadiri Minggu Fesyen London selama beberapa hari,” akhiri Neelofa.

Foto: Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI