Meski menerima macam-macam kritikan serta pandangan netizen mengenai perubahan terkini pelakon Emma Maembong, namun teman rapatnya iaitu pelakon Alvin Chong sentiasa ada bersama.
Malah, Alvin juga ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Kimchi Untuk Awak itu.
“Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Dua tiga kawan ku cari, mana nak sama Emma seorang. #DoaBaikBaik #CakapBaikBaik,” tulisnya.
Hari ini merupakan ‘Hari Radio Sedunia’ yang merupakan satu hari untuk menghargai semua orang terlibat dalam bidang radio.
Rata-rata semua penyampai radio di Malaysia juga telah memberi ucapan sempena ‘Hari Radio Sedunia’.
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau gemar dikenali sebagai Cik Piah telah memuat sekeping gambar di akaun Instagram miliknya berserta ucapan khas kepada rakan penyampai radio Cik Piah iaitu Dj Lin Suria Cinta.
“selamat hari radio sedunia di ucapkan buat semua yg terlibat dlm bidang ini..terima kasih juga buat bos cikpiah di suriafm @djlinsuriacinta sudi mengajak sy bekerja di suriafm.terima kasih pendengar2 cikpiah yg tetap setia menyokong walau di mana pun cikpiah berada.”
“suka duka tawa ria 10 tahun jadi penyampai radio hanya tuhan saja yg tahu tapi alhamdulillah bukan senang nk senang,nk buat org suka kt kita kan?in sha allah cikpiah akan sentiasa berikan yg terbaik utk pendengar2 sekalian walaupun saya tahu saya bukan yg terbaik tapi saya cuba ya.teruskan support cikpiah dan rakan2 yg lain di suriafm ya?” tulisnya.
Lantas, penyampai radio terkenal dan pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke 29 bagi kategori Penyampai Radio Paling Popular, iaitu Dj Lin Suria Cinta telah membalas komen Cik Piah tersebut.
“Hi @feeyaiskandar sayang bagi kak lin #Cikpiah adalah diantara #penyampairadio terbaik yg pernah kak lin kenali seorang individu yg petah bila berbicara, bisa menawan hati & telinga sesiapa saja yg mendengarnya.”
“Unik orangnya & kak lin percaya #cikpiah akan terus berjaya & terus sukses dlm #industriradio di #malaysia’ tulisnya.
Dj Lin telah mengatakan bahawa Cik Piah diantara penyampai radio yang terbaik dan juga seorang yang sangat petah bila berbicara.
Dedikasi ini dibuat oleh Cik Piah untuk menghargai kepada peminatnya yang sentiasa menyokong dia dari dahulu sehingga kini sepanjang Cik Piah bergelar penyampai radio yang sudah hampir 10 tahun.
Alahai, sangat bermotivasi kata-kata Cik Piah kepada netizen supaya untuk tidak mudah untuk patah semangat untuk capai kejayaan.
Untuk rekod, tanggal 13 Februari 2019 merupakan sambutan ‘Hari Radio Sedunia’.
Foto : Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Gambar tersebut memaparkan wartawan senior yang juga pengacara versatil, Mazidul Akmal Sidek terima kujungan lawatan daripada pihak Sherry.
“Semalam kami dari team The Sherry Show melawat wartawan penyiaran yang sangat di kagumi abang Mazidul Akmal Sidek di kediamannya.”
“Terkenal dengan falsafah hidupnya ‘berbisa, lantang dan berani’. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. 999 jenayah membawa padah. Kami sentiasa mendoakan kesihatan abang.” tulisnya.
Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bayaran balik dilakukan dalam bentuk tiket wayang membabitkan jenama Nunha.
PU Riz...