Drama yang pernah mencetuskan fenomena ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, Diari Ramadan Rafique kembali diperkatakan ramai apabila sirinya yang serba baru telah pun menjalani penggambarannya baru-baru ini.
Difahamkan, para pelakon utamanya masih dikekalkan dan untuk musim terbaru, ia dikenali sebagai Diara Ramadan Rafique Reunion dan setiap perkembangannya boleh diikuti menerusi #diariramadanrafiquereunion menerusi Instagram.
Malah, para pelakonnya juga tidak kurang perkongsi mengenai drama yang kekal sinonim di hati pencinta drama tempatan meski ia sudah lebih 10 tahun berlalu.
Pelakon senior, Normah Damanhuri misalnya ada memberitahu dia kembali bertemu di set dengan salah seorang pelakon utamanya, Rozita Che Wan.
“kami bertemu kembali setelah 15 tahun Di dalam #diariramadhanrafiquereunion#diariramadhanrafique #teleraya #tv3malaysia,” tulisnya di salah satu posting di Instagram.
Selain Normah Damanhuri, Diari Ramadan Rafique Reunion yang bakal bersiaran di TV3 nanti termasuk Rozita Che Wan, Roy Azman, Zed Zaidi, Zarynn Min dan ramai lagi.
Foto: Instagram Normah Damanhuri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad ada mencabar angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar untuk bersumpah membuktikan bahawa bumi itu bulat.
Lantaran itu, Dr. Muszaphar hari ini terpanggil untuk menjawab segala persoalan yang bermain di minda masyarakat ketika ini.
Katanya, sebagai angkawan Islam yang ke-9, adalah tanggungjawabnya untuk menerangkan fakta sebenar.
Kisah tersebut telah dikongsikan oleh Dr. Muszaphar di laman Instagram miliknya.
“Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas. Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.
“Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari. Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam. Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr. Laungan Azan kedengaran seketika. Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
“Melihat Bumi dengan mata sendiri. Degupan jantung berhenti seketika. Meremang Bulu Roma. Mata tidak terkebil. Melihat Kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas,” tulisnya.
Tambah angkasan negara tu, sepanjang berada di angkasa lepas, dia amat terpegun melihat kebesaran Allah itu.
“Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah. SubhanAllah. And the Earth is spherical in shape. Geosphere to be exact. Squashed at the poles and bulged at the Equator .
“Not like a ball but more to an egg. Every human being should go to space if given the opportunity. It changes your perspective on life as a whole. It makes you a true believer on the Creator. The experience is truly amazing and spectacular.
“It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers. But here I am sharing you my experience of what I have seen. In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone. Semoga mendapat Barakah semua. Amiinn. Love As Always. PS – Just wanted to straighten the facts!,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian Dr. Muszaphar itu.
Buat pengetahuan, Dr. Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara yang berlepas ke bulan pada tanggal 25 September 2007 tepat jam 12.00 tengah hari.
Sumber: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan Fajarsyah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang tidak sensitif dengan derita yang ditanggung kumpulan tersebut.
Segalanya bermula selepas ada pihak mencadangkan Ifan supaya mengahwini balu-balu anggota kumpulan yang turut terkoban bersama isterinya dalam tragedi Tsunami di Selat Sunda Disember lalu.
Menurut Ifan, Allah menganugerahkan setiap manusi akal agar mampu berfikir dan hati untuk kita mampu merasa.
Ifan seventeen disuruh nikahin istri istri temennya yang udah meninggal karena tsunami waktu itu, dan responnya…..HE SNAPPED.?? pic.twitter.com/LlzSTtZe57
“Allah menganugerahi kita otak agar bisa berpikir, dan hati agar kita bisa merasa. Anda jelas tidak punya dua-duanya,” tulis Ifan.
Kenyataan tersebut di buat oleh Ifan di laman Insyagram selepas dia berkongsi tentang lagu Kemarin yang didedikasikan khas buat isterinya, Dylan Sahara.
Difahamkan lagu tersebut kini telah meraih 20 juta tontonan di laman You Tube.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Ifan suapaya bersabar selain turut mengecam tindakkan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Sebagai manusia, kita sepatutnya lebih sensitif terhadap perasaan orang lain lebih-lebih ketika baru kehilangan orang tersayang.
Semoga Ifan dan isteri anggota kumpulan yang lain terus diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan berat ini.
Sumber: Instagram Ifan Seventeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).