Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan dirinya tidak serik untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan selebriti walaupun beberapa kali gagal sebelum ini.

Katanya, dia tidak boleh menolak sekiranya itu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kepada dirinya.

“Saya tidak boleh menolak kalau itu takdir Allah untuk saya. Sebab kalau kita memilih kalau Allah dah kata itu bukan kesesuaian kita tak jadi juga,” katanya ketika ditemui di Pelancaran Media Filem Bikers Kental 2 di Gasket Alley, Petaling Jaya pada Rabu.

Menurut hero filem tersebut, dia impikan hubungan yang terjalin dengan sendirinya dan menegaskan tidak mahu ada sebarang cabaran di fasa awal perhubungan.

IKLAN

“Bukan saya tak nak kahwin, saya nak kahwin tetapi saya nak perkara itu biar menjadi seperti movie saya.

“Deal secara relax, tiada paksaan dan saya tak nak ada cabaran begitu atau begini seperti melibatkan ibu bapa atau sebagainya,” katanya lagi.

IKLAN

Ketika ditanya mengenai usia yang kian meningkat, ini respon Zizan sambil berseloroh;

“Umur saya 35 dah tahun ni tapi barang masih lagi ‘macam ni’. Maksud saya dari segi kesihatan saya masih lagi baik,” gurau Zizan.

IKLAN

Bikers Kental 2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti  Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki, Bront Palare serta beberapa lagi pelakon Thailand iaitu Meau Julallangtip dan Pont Cranium

Filem Bikers Kental 2 dijadual akan mula ditayangkan diseluruh pawagam bermula 14 Mac ini.

https://www.instagram.com/p/BuIdVHohoh9/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI